NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penunggang Motosikal Maut, Anggota Polis Ditahan Selepas Cetus Kemalangan

Penunggang Motosikal Maut, Anggota Polis Ditahan Selepas Cetus Kemalangan

Seorang anggota polis ditahan selepas kenderaan pacuan empat roda milik pasukan itu yang dipandunya terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Persiaran Wawasan, Kangar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian berlaku sekitar 10.20 malam ketika anggota terbabit sedang menjalankan rondaan sebelum kenderaan itu bertembung dengan motosikal dinaiki dua lelaki yang datang dari arah bertentangan.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di zon kuning Hospital Tuanku Fauziah.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: MalaysiaGazette

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy