‘Akak Nampak Hampa Buat Apa… Ada Bukti Gambar, Rakaman Semua..’

‘Akak Nampak Hampa Buat Apa… Ada Bukti Gambar, Rakaman Semua..’

Perbuatan kurang sopan sepasang remaja dalam sebuah Proton Iriz di parkir bawah tanah sebuah pusat beli-belah di Kedah terbongkar apabila aksi mereka didakwa dirakam oleh seorang wanita.

Wanita tersebut berkongsi insiden itu di Facebook sambil menegur pasangan berkenaan dan mendakwa mempunyai bukti kukuh berupa foto, rakaman video serta nombor pendaftaran kereta.

Adik-adik naik Proton Iriz hijau… akak nampak semua. Gambar, rakaman, nombor plat semua ada. Dalam kereta siang-siang, ingat orang tak nampak ka?” katanya.

Menurut wanita itu, pasangan berkenaan kelihatan seperti pelajar dan kemungkinan menggunakan kereta milik ibu bapa.

Muka baya sekolah lagi. Belakang siap sticker Bismillah, tapi perangai buat lain…” ujarnya.

Wanita tersebut turut memaklumkan dia sengaja meletakkan kereta di sebelah kenderaan pasangan itu untuk menyedarkan mereka bahawa tindakan itu diperhatikan orang.

Aku parking tepi bagi hampa berhenti. Baru depa kalut. Yang lelaki terus lari ke tempat pemandu sebelum keluar dari kereta. Nak telefon polis pun ada terfikir, cuma nanti orang kata menyibuk.

Dia juga memberi amaran bahawa wajah kedua-dua remaja itu sudah dikenali dan menasihatkan agar mereka tidak mengulangi perbuatan memalukan itu di tempat awam.

Netizen Turut Kongsi Pengalaman Sama

Hantaran wanita itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk daripada netizen yang mendakwa pernah terlihat kejadian serupa.

Seorang pengguna, Syuhada, menulis:
Ramai ingat buat benda bukan-bukan dalam kereta orang tak nampak ka? CCTV ada banyak. Orang lalu pun perhati saja. Malu la… yang perempuan jaga maruah.

Pengguna lain, Normala Rose, turut berkongsi kisahnya:
Saya pun pernah nampak orang ‘projek’ dalam kereta. Seronok sampai tak perasan orang tengok. Budak-budak sekarang banyak tak fikir akibat.

Sumber: KOSMO

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD