Malaysia semakin jadi destinasi wajib untuk pelancong antarabangsa. Dari Menara Berkembar Petronas hingga ke pantai dan hutan hujan, negara kita ada pelbagai tarikan. Ramai yang datang balik lagi sebab seronok, tapi tidak semua merasakan pengalaman sama.
Seorang pelancong Rusia, @evgeniin43 di Threads, berkongsi rasa kecewanya:
“Kuala Lumpur. Malaysia kedua selepas Thailand dari segi jumlah pelancong. Tapi saya tak pasti apa aktiviti boleh buat kalau nak stay lebih daripada dua atau tiga hari.”
Dari gambar yang dikongsi, kelihatan dia cuma berjalan di sekitar Kuala Lumpur dan pusat beli-belah — penuh pencakar langit moden, tapi tak banyak aktiviti lain. Post ini terus menarik perhatian netizen tempatan, yang kemudiannya memberikan pelbagai cadangan lokasi menarik di seluruh Malaysia.

Pengguna @arek11223 menasihatkan:
“Malaysia bukan hanya bandar, tapi keindahan semula jadi. Pantai cantik, hutan hujan, semuanya ada. Kalau nak suasana sibuk dan pesta, Thailand lebih sesuai, tapi kalau nak santai, Malaysia perfect untuk keluarga.”
Influencer Mark Guim pula berkongsi pengalaman tinggal di Malaysia:
“Malaysia memang bukan destinasi utama pelancong, tapi tempat yang hebat untuk didiami. Saya suka di sini.”
Pengguna lain, wan_saef, menambah:
“Malaysia ada hutan hujan tertua, tapak menyelam terbaik, banjaran gunung granit tinggi, budaya pelbagai — pengalaman di sini berbeza daripada Thailand. Lawat Sabah, Sarawak, pulau di Kelantan, Terengganu, serta pantai barat macam Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Banyak yang boleh diterokai!”
Pengguna @munira_missmun pula berkata:
“Kalau hanya di KL, memang cuma bangunan tinggi je. Untuk pengalaman sebenar Malaysia, teroka Taman Negara Pahang dan lokasi semula jadi lain.”
Selepas membaca cadangan warganet, pelancong Rusia ini berazam untuk terokai Sabah, Sarawak, dan pantai di Kelantan dan Terengganu pada lawatan seterusnya.
KL memang menarik, tapi Malaysia sebenarnya luas dan kaya dengan destinasi menakjubkan. Jangan terhadkan diri hanya di bandar — banyak lagi pengalaman luar biasa menanti!
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?