KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima sebuah limosin mewah Aurus Senat dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Moscow, sekali gus menjadi simbol hubungan diplomatik yang semakin kukuh antara Malaysia dan Russia.
Menerusi perkongsian rasmi di Facebook Sultan Ibrahim, kenderaan eksklusif tersebut dianggap sebagai satu penghormatan istimewa memandangkan model berkenaan sangat jarang dimiliki oleh individu di luar Rusia serta tidak dipasarkan secara meluas di peringkat antarabangsa.
Jenama Aurus sememangnya terkenal sebagai kenderaan rasmi yang sering digunakan oleh pemimpin tertinggi Rusia termasuk Vladimir Putin dalam pelbagai acara kenegaraan dan pertemuan diplomatik penting.
Selain tampil dengan imej mewah dan eksklusif, limosin tersebut turut dilengkapi teknologi moden serta sistem keselamatan bertaraf tinggi yang menjadi antara identiti utama jenama berkenaan.
Majlis penyerahan kenderaan peribadi milik Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Muzium Garaj Khas.
Ketibaan Baginda di muzium tersebut disambut oleh beberapa wakil kanan Rusia termasuk Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Rusia, Kirill Alekseevich Lysogorsky, Pengarah Muzium, Belikov AV serta Ketua Pegawai Eksekutif NAMI, Nazarov FL.
Dalam lawatan sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan mendengar taklimat khas mengenai koleksi yang dipamerkan di muzium berkenaan yang menempatkan lebih 50 model kereta dan motosikal klasik serta rare dari pelbagai era.
Penerimaan limosin Aurus Senat itu dilihat bukan sahaja sebagai simbol penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong, malah turut mencerminkan hubungan persahabatan erat serta kerjasama diplomatik yang terus diperkukuh antara Malaysia dan Rusia.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?