NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Wanita Menjerit Minta Tolong Dari Dalam Kereta!

Wanita Menjerit Minta Tolong Dari Dalam Kereta!

Satu video tular di media sosial memaparkan detik cemas seorang wanita yang menjerit meminta pertolongan dari dalam sebuah kereta di laluan menuju ke Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Dalam rakaman kurang satu minit itu, wanita berkenaan kelihatan panik sambil melambai ke arah orang ramai, berkali-kali menjerit, “Tolong! Tolong! Dia nak bunuh aku!”

Wanita itu turut dilihat cuba membuka pintu kereta, namun pergerakannya dihalang oleh seorang lelaki yang berada di dalam kenderaan sama. Lelaki tersebut mendakwa wanita itu “tidak sedar” dan cuba meyakinkan orang sekitar bahawa keadaan adalah terkawal.

“Tak apa, dia tak sedar ini. Tolong tutupkan pintu, bang,” katanya kepada individu di luar kereta.

Insiden tersebut mencetuskan pelbagai persoalan di kalangan netizen yang bimbang sesuatu yang lebih serius mungkin sedang berlaku, lebih-lebih lagi apabila jeritan wanita itu kedengaran penuh ketakutan.

Antara komen yang menarik perhatian:

  • “Kekerasan rumah tangga ka? Atau gaduh pasangan? Cara wanita tu menjerit memang macam takut gila. Kenapa yang tengok cuma rakam?” — Ajuna

  • “Walaupun suami isteri, kalau dah minta tolong macam itu, orang awam memang kena campur tangan. Tempat awam pula tu.” — Zehan

  • “Kalau jumpa situasi macam ni, cepat-cepat bantu. Boleh terus bawa ke balai kalau rasa tak selamat.” — Nasuha Izzati

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai punca sebenar kejadian, namun orang ramai menzahirkan harapan agar si wanita berada dalam keadaan selamat dan kejadian itu disiasat dengan teliti.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy