Seorang remaja berusia 19 tahun nyaris kehilangan nyawa selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 45, Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Pos Blau, awal pagi tadi.
Dalam insiden sekitar jam 5 pagi itu, Proton Satria Neo yang dipandu Che Mohd. Rizal Che Ali dilaporkan terhumban ke gaung akibat runtuhan tanah yang menutup laluan tersebut sejak tengah malam. Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands menuju ke rumahnya di Pasir Puteh.
“Kemalangan ini menyebabkan mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri. Dia telah dibawa dengan ambulans ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk rawatan awal,” katanya ketika dihubungi.
Choon Foo memaklumkan bahawa pihak polis kini mencari saksi bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?