Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikejutkan dengan suasana panik selepas seorang individu didakwa mengeluarkan ancaman bom palsu pada petang Selasa.
Kejadian berlaku sekitar jam 5.32 petang, memaksa pasukan Keselamatan Penerbangan mengaktifkan prosedur kecemasan. Kawasan terlibat segera ditutup dan pergerakan orang awam dikawal bagi memastikan keselamatan penumpang serta petugas.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan bahawa suspek berjaya ditahan tidak lama selepas ancaman itu disahkan palsu oleh pasukan keselamatan.
“Suspek telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Sepanjang proses pemeriksaan, keadaan berjaya dikawal dan semua penumpang berada dalam keadaan selamat,” kata kenyataan itu.
Selepas kawasan disahkan bebas daripada sebarang ancaman, penerbangan dibenarkan berlepas semula pada jam 7.19 petang. Unit Pemusnah Bom PDRM turut melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.
Situasi kemudian diisytiharkan terkawal sepenuhnya pada jam 8.58 malam, dan operasi KLIA kembali berjalan seperti biasa.
MAHB pada masa sama menegaskan bahawa ancaman palsu, termasuk berkaitan bom, merupakan kesalahan serius yang boleh membawa hukuman berat mengikut undang-undang Malaysia.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?