Proton buat pertama kali mempertontonkan eMas 7 PHEV di Proton Tech Showcase, Subang Jaya. Walaupun masih dibalut pelekat penyamaran, unit tersebut sudah dalam konfigurasi pemanduan sebelah kanan dan kelihatan hampir siap untuk produksi.
Model ini berasaskan Geely Starship 7/Starray EM-i, dengan rekaan luaran yang hampir sama kecuali pertukaran logo Proton. Ia menggunakan rangkaian kuasa plug-in hybrid EM-i, menggabungkan enjin 1.5L NA kitaran Atkinson berkuasa 99 PS/125 Nm bersama motor elektrik 218 PS/262 Nm. Bateri LFP 18.4 kWj membolehkan pemanduan elektrik sehingga sekitar 80 km (rujukan Starray EM-i).
Gabungan sistem ini menawarkan pecutan 0–100 km/j dalam 8 saat dan jarak gerak sehingga 1,065 km bagi sekali cas dan tangki penuh.
Proton turut menjalankan tinjauan dalaman yang mencadangkan harga RM20k–30k lebih tinggi daripada X50 facelift, menunjukkan eMas 7 PHEV mungkin dibuka sekitar RM130k–RM140k. Ini lebih mahal berbanding eMas 7 EV (RM110k–RM124k) yang menikmati insentif pengecualian cukai EV.
Pelancaran rasmi dijangka seawal tahun hadapan.

Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh