Seorang penghantar makanan mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam insiden di Taman Maluri, Kuala Lumpur semalam.
Menurut maklumat awal, lelaki berkenaan pada mulanya berhenti di lorong kanan ketika menunggu lampu isyarat merah. Namun secara tiba-tiba, dia cuba memotong ke lorong kiri tanpa memberi isyarat, menyebabkan pemandu kereta di laluan tersebut tidak sempat mengelak.
Sebuah rakaman dashcam yang tular di Threads menunjukkan lampu isyarat di lorong kiri bertukar hijau, dan sebuah Honda yang baru bergerak terus melanggar penunggang motosikal itu yang datang dari arah kanan. “Dah duduk elok di lorong kanan, tapi tetap juga nak menyelit ke kiri,” tulis individu yang berkongsi video itu.
Video berdurasi 24 saat tersebut turut memperlihatkan lampu isyarat lorong kanan bertukar hijau beberapa saat kemudian, menguatkan lagi dakwaan bahawa penunggang itu tidak sabar menunggu giliran.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir penghantar makanan yang gemar mengambil risiko di jalan raya.
“Ramai rider bawa macam ni, pemandu kereta yang kena lebih berjaga-jaga. Lampu kuning pun mereka masih tekan minyak,” kata @Afd4x55.
“Laluan balik rumah saya memang selalu jumpa jenis tak sabar. Tunggu seminit pun tak boleh,” ujar @Shahrul_izln.
“Harap pemandu Honda tu boleh saman rider tu. Menyusahkan orang dan rosakkan kereta,” tambah @Amalsharifiza.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?