Seorang lelaki berusia 31 tahun maut dalam kejadian tragis apabila pikap yang dipandunya ditimpa sebuah mesin cerucuk di Kampung Peruan, Jalan Long Tumas, Lawas, Sarawak, petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung insiden diterima pada jam 4.55 petang.
Sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 5.03 petang, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas mendapati sebuah mesin cerucuk menghempap sebuah Mitsubishi Triton, dengan pemandunya masih tersepit di tempat duduk.
“Mangsa, dikenali sebagai Bili Muli, disahkan meninggal dunia di lokasi. Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong serta mengeluarkan mangsa yang tersepit,” menurut kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?