Pegawai Imigresen Patah Kaki Dirempuh Warga Asing Di Bukit Bintang

Pegawai Imigresen Patah Kaki Dirempuh Warga Asing Di Bukit Bintang

Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) disyaki patah kaki kiri selepas dirempuh warga asing yang cuba melarikan diri ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu berlaku apabila suspek bertindak agresif di tangga premis sehingga menyebabkan pegawai terbabit terjatuh dalam keadaan kelam-kabut. Mangsa dikejarkan ke hospital dan dilaporkan stabil.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman berkata, serbuan melibatkan 85 pegawai termasuk Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) memeriksa 98 warga asing dan menahan 48 individu.

Antara yang ditahan ialah warga Myanmar, Thailand dan beberapa negara Afrika atas kesalahan tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen sah.

“Suspek bertindak agresif semasa keadaan kelam-kabut di tangga premis sehingga pegawai kami terjatuh,” katanya.

Dalam operasi sama, dua lelaki warga Nigeria yang bekerja sebagai DJ turut ditahan kerana menyalahgunakan pas pelajar. Mereka disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pemeriksaan mendapati kebanyakan pengunjung berada dalam keadaan khayal ketika operasi dijalankan. Premis itu juga dipercayai menggunakan wanita warga asing untuk urusan tempahan melalui telefon.

Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. Imigresen menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menghalang tugas penjawat awam.

Sumber: Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD