Ibu kota Belanda sering dilabel sebagai destinasi mahal, tetapi hakikatnya Amsterdam menyimpan banyak pengalaman percuma yang boleh dinikmati jika tahu tempatnya.
Di sebalik kafe hipster dan muzium terkenal, bandar ini menawarkan lokasi ikonik yang boleh diterokai tanpa mengeluarkan satu sen. Berikut lima tempat wajib singgah yang percuma dan penuh pengalaman autentik.
Jika ingin merasai suasana Belanda zaman dahulu, inilah tempatnya. Zaanse Schans ialah perkampungan warisan yang membawa pengunjung kembali ke abad ke-18.
Kincir angin besar di sini bukan sekadar latar bergambar, malah sebahagiannya masih berfungsi memproses minyak dan kayu.
Berjalan di antara rumah kayu tradisional sambil menikmati suasana desa yang tenang sudah cukup memberikan pengalaman berbeza. Kawasan luar boleh diterokai secara percuma.
Dam Square ialah nadi utama bandar dan lokasi bersejarah tempat Amsterdam bermula, yang asalnya terbina daripada empangan di Sungai Amstel.
Di dataran ini berdiri megah Royal Palace of Amsterdam serta Monumen Nasional. Kawasan ini sentiasa meriah dengan pelancong dan artis jalanan, menjadikannya lokasi terbaik untuk melihat kepelbagaian budaya kota ini tanpa sebarang bayaran.
Terusan ikonik ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menjadi simbol utama Amsterdam.
Bandar ini mempunyai lebih 1,200 jambatan, jumlah yang melebihi Venice. Berjalan kaki di sepanjang terusan memberikan peluang melihat deretan rumah tinggi yang sedikit senget akibat mendapan tanah sejak ratusan tahun dahulu.
Pemandangannya klasik dan sangat sesuai untuk fotografi, terutama ketika matahari terbenam dan pencinta seni bina.
Inilah satu-satunya pasar bunga terapung di dunia. Beroperasi sejak 1862, peniaga terdahulu membawa bunga dengan bot untuk dijual di atas terusan Singel.
Walaupun kini lebih moden, suasana tradisinya masih terasa. Bau tulip dan warna-warni bunga menjadikan tempat ini seperti galeri botani terbuka. Anda tak perlu membeli apa-apa untuk menikmati pengalaman ini.
Mahukan suasana hijau? Vondelpark ialah taman bandar seluas 47 hektar yang sering digelar “paru-paru” Amsterdam.
Di sini, orang ramai berjoging, berkelah, bermain muzik atau sekadar berehat. Pada waktu tertentu, terdapat persembahan teater terbuka dan muzik jalanan. Suasananya santai, walaupun jumlah pelawat boleh mencecah jutaan setiap tahun.
Amsterdam bukan sekadar bandar mahal seperti yang sering digambarkan. Dengan perancangan bijak, anda masih boleh menikmati sejarah, seni bina, budaya dan alam semula jadi tanpa membelanjakan wang.
Kadang-kadang, pengalaman paling bermakna bukan datang daripada tiket mahal — tetapi daripada langkah kaki yang perlahan dan mata yang benar-benar menghargai keindahan sekeliling.
Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!
Sumber: Terpaling Travel
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?