Elakkan buat tujuh benda ini di Paris kalau anda mahu percutian anda berjalan dengan lancar dan yang paling penting, selamat.
Paris, ibu negara Perancis memang terkenal sebagai kota cinta dengan seni bina memukau dan suasana romantik yang sukar ditandingi. Namun, di sebalik keindahannya, pelancong mudah terdedah dengan situasi merbahaya seperti penyeluk poket dan scammer.
Jadi, sangat penting untuk menjadi peka terhadap aspek keselamatan, khususnya di kawasan tumpuan ramai.
Berikut ialah tujuh perkara yang wajar dielakkan ketika berada di Paris.
Anda harus sentiasa berwaspada sekiranya ada individu yang menjatuhkan barang berhampiran anda atau meminta bantuan memungut sesuatu. Taktik sebegini kadangkala digunakan untuk mengalih perhatian sebelum melakukan kecurian.
Bahasa tubuh memainkan peranan penting dalam hal ini. Elakkan melihat peta atau berhenti mengejut di tengah laluan kerana perbuatan itu menunjukkan anda tidak biasa dengan kawasan tersebut. Jika perlu menyemak arah, cari tempat yang lebih terlindung dan tidak menghalang laluan orang ramai.
Elakkan berhenti lama, khususnya di kawasan tumpuan seperti sekitar Menara Eiffel atau lokasi yang dipenuhi penghibur jalanan dan busker. Kawasan ini sering menjadi tumpuan pelancong dan secara tidak langsung meningkatkan risiko jenayah kecil.
Beg tanpa zip atau yang mudah diseluk meningkatkan risiko kecurian. Beg galas yang dipakai di belakang atau beg komputer riba juga kurang selamat jika tidak diawasi. Jika perlu menggunakannya, pilih beg yang mempunyai kunci keselamatan atau tambah kunci sendiri. Lebih selamat sekiranya beg dipakai di bahagian hadapan badan, terutama di kawasan sesak.
Sekiranya dihampiri individu yang tidak dikenali, kekalkan sikap tegas dan berwaspada. Elakkan menunjukkan reaksi terlalu bingung atau terlalu mesra. Selain itu, jangan terlalu lama berswafoto di satu lokasi kerana anda mungkin diperhatikan. Kerap menggunakan telefon untuk melayari media sosial di kawasan sesak juga perlu dikurangkan kerana boleh mengundang risiko.
Telefon pintar antara sasaran utama penyeluk saku. Elakkan memegang atau menggunakan telefon terlalu lama di tempat awam, terutama di kawasan sesak. Disarankan untuk guna retractable phone strap yang dipasang pada telefon supaya jika direntap, anda lebih cepat menyedarinya.
Elakkan memakai barang kemas yang mencolok mata, jam tangan berharga tinggi atau beg tangan berjenama mewah. Aksesori mahal boleh menarik perhatian individu yang berniat tidak baik. Lebih baik tampil ringkas dan sederhana supaya tidak menjadi sasaran mudah.
Kesimpulannya, melancong ke Paris boleh menjadi pengalaman yang indah sekiranya langkah berjaga-jaga diambil. Sikap peka, bahasa tubuh yang yakin dan pengurusan barang peribadi yang baik mampu membantu memastikan percutian anda kekal selamat dan menyeronokkan.
Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!
Sumber: Terpaling Travel
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?