KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas sebuah kereta yang dinaiki bersama tiga individu lain terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung.
“Terdapat empat mangsa lelaki yang didapati tersepit di dalam kenderaan berkenaan dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
“Tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?