NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Maut Kereta Jatuh Gaung

Lelaki Maut Kereta Jatuh Gaung

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.46 malam.

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mangsa berusia 56 tahun mengalami kecederaan parah selepas dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 80 meter.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi membawa naik mangsa dari kawasan gaung berkenaan,” tambahnya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 1.15 pagi Isnin.

Kes seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Izzah Amirah

Izzah Amirah adalah Penerbit Kandungan Gaya Hidup & Kembara yang juga bertindak sebagai 'enjin kreatif' di sebalik siri mega TERPALING TRAVEL. Beliau bertanggungjawab menterjemahkan pengalaman kembara global kepada penceritaan digital dan kewartawanan gaya hidup yang eksklusif buat pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy