NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kemalangan Di Kota Tinggi Ragut Dua Nyawa, Kereta Terbabas Masuk Laluan Bertentangan

Kemalangan Di Kota Tinggi Ragut Dua Nyawa, Kereta Terbabas Masuk Laluan Bertentangan

JOHOR BAHRU – Satu kemalangan di Kota Tinggi membabitkan pertembungan dua buah kenderaan di Kilometer 77.3, Jalan Johor Bahru-Mersing telah mengakibatkan dua individu maut di lokasi kejadian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman mengesahkan nahas pada jam 9.45 pagi itu berlaku apabila sebuah Nissan Sentra dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh kuat sebuah Proton Saga.

Mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kota Tinggi tersebut merupakan pemandu Nissan Sentra yang juga seorang lelaki berusia 26 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 25 tahun.

“Mangsa dalam perjalanan dari Mersing ke Johor Bahru, manakala Proton Saga pula dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Kuantan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat impak rempuhan yang dahsyat, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta badan, dan mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi proses bedah siasat.

Dalam pada itu, pemandu wanita Proton Saga yang berusia 23 tahun bersama tiga lagi penumpang lelaki berusia antara 16 hingga 21 tahun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan kesan daripada kemalangan di Kota Tinggi berkenaan.

Sumber: Malaysia Gazette

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD