Dua Wanita Putih Mata, Rugi RM1.4 Juta Jadi Mangsa Penipuan Telefon

Dua Wanita Putih Mata, Rugi RM1.4 Juta Jadi Mangsa Penipuan Telefon

Dua wanita termasuk seorang pesara guru berdepan detik hitam selepas kerugian RM1.4 juta akibat terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon dalam kejadian yang berlaku sejak September 2024 sehingga April tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan kes pertama melibatkan mangsa berusia 60 tahun di Kuantan yang kerugian mencecah RM1.014 juta selepas diugut oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Mangsa yang didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram terpaksa melakukan 122 transaksi pemindahan wang menggunakan seluruh harta miliknya termasuk wang simpanan KWSP, hasil penjualan rumah, wang persaraan, serta gadaian barang kemas semata-mata kerana takut ditangkap dan direman.

Kes kedua pula melibatkan seorang guru berusia 42 tahun di Raub yang menanggung kerugian RM431,000 selepas diperdaya sindiket yang menyamar sebagai pegawai syarikat takaful dan polis sejak Februari lalu.

Mangsa diarahkan untuk menukar nombor telefon bagi tujuan perbankan internet dan menyerahkan kawalan akaun kepada suspek atas alasan bagi pengurusan kes tuntutan insurans palsu serta bayaran jaminan mahkamah.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah cemas dengan panggilan meragukan dan sentiasa menggunakan portal Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan yang semakin licik ini.

Sumber: Astro Awani

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD