NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Padah Larikan Diri Dari Polis, 4 Pencuri Kabel Parah Rempuh Warga Emas

Padah Larikan Diri Dari Polis, 4 Pencuri Kabel Parah Rempuh Warga Emas

Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri ketika cuba melarikan diri daripada kejaran polis di Kampung Berungis, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, suspek yang menaiki Toyota Hilux Vigo bertindak memacu kenderaan dengan laju sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah Isuzu Invader yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun.

Impak rempuhan yang kuat itu menyebabkan pemandu Isuzu berkenaan tersepit di dalam kenderaannya dan mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Ak Beki memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.44 pagi dan segera mengerahkan sepasukan lapan anggota ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa warga emas yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Keempat-empat suspek yang turut mengalami kecederaan dalam nahas tersebut telah dihantar ke Hospital Tuaran dengan ambulans.

Difahamkan, kesemua mereka kini berada di bawah pengawasan pihak polis untuk siasatan lanjut berhubung aktiviti jenayah yang dilakukan sebelum kemalangan berlaku. Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 5.34 pagi.

Sumber: Berita Harian

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy