Polis Banteras Aktiviti Penyeludupan Migran Indonesia Di Kota Tinggi

Polis Banteras Aktiviti Penyeludupan Migran Indonesia Di Kota Tinggi

Satu operasi bersepadu melibatkan pihak polis dan tentera berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan migran warga Indonesia dalam serbuan di sekitar kawasan Pantai Sungai Rengit dan FELDA Air Tawar, Ahad lalu.

Seramai 14 individu ditahan, termasuk 13 warga asing yang dipercayai baru sahaja mendarat melalui laluan laut yang tidak sah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Yusof Othman memaklumkan, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan bersama Rejimen ke-10 Askar Melayu Diraja (RAMD).

“Hasil pemerhatian, pihak kami berjaya menahan 10 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah di Sungai Rengit yang disyaki dijadikan lokasi transit selepas tiba dari negara asal mereka,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penangkapan dua lagi lelaki warga Indonesia di ladang FELDA Air Tawar, serta seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai dalang atau penganjur kegiatan tersebut.

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen.

Pihak polis turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan di kawasan pantai melalui hotline IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222 bagi memastikan kedaulatan sempadan negara terus terpelihara.

Sumber: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD