Musim Panas di Jepun: Tolong Fikir 2 Kali Sebelum Pergi!

Musim Panas di Jepun: Tolong Fikir 2 Kali Sebelum Pergi!

Sebentar lagi musim panas akan tiba, sudah pasti ramai yang ada perancangan untuk melancong ke luar negara. 

Tapi, kalau anda mempunyai rancangan untuk  ke Jepun pada musim panas ni, tolong fikir dua kali, kerana melancong ke sana pada bulan Jun hingga September adalah satu keputusan yang boleh membuatkan korang menyesal tak sudah. 

Ini kerana, suhu di sana pada waktu itu sangat dahsyat terutamanya bagi mereka yang membawa anak kecil berumur 12 tahun ke bawah atau warga emas yang kurang sihat untuk berjalan jauh. 

Suhu musim panas di Jepun boleh mencecah lebih dari 30 darjah celcius, dan akan terus meningkat pada bulan-bulan seterusnya.  

Bayangkan keletihan anak-anak yang akan merengek dan menangis kerana kepanasan melampau, sekali gus meragut kegembiraan percutian yang sepatutnya menjadi memori indah buat keluarga.

Jika korang sudah pun terlanjur menempah tiket dan terpaksa juga pergi pada musim panas ini, strategi perjalanan perlu diubah serta-merta dengan memfokuskan aktiviti hanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. 

Tips Untuk Bertahan Di Jepun Pada Musim Panas

Di sana, korang boleh bersembunyi di dalam pusat membeli-belah yang dilengkapi penghawa dingin dan mengelakkan kawasan alam semulajadi atau bandar bersejarah seperti Kyoto yang memerlukan banyak pergerakkan kaki di bawah matahari yang terik. 

Persediaan fizikal juga amat penting dengan memastikan setiap ahli keluarga mempunyai kipas elektronik mudah alih yang berkualiti dan payung sendiri sebagai pelindung daripada bahaya strok haba. 

Paling penting, pemilihan kasut sukan yang betul-betul selesa adalah wajib kerana kasut yang salah akan menyebabkan kaki melecet, bengkak, atau melepuh sehingga mengganggu pergerakan korang sepanjang trip.

Untuk kaum wanita, elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau boots kerana anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan, ditambahkan pula dengan bahang dari matahari. 

Selain itu, elakkan daripada membeli kasut tiruan yang berkualiti rendah kerana tapaknya mudah tertanggal dan boleh rosak di tengah jalan, sekali gus menambah beban kos dan kesulitan semasa korang sedang sibuk meneroka keindahan kota. 

Tips Tambahan Ketika Melancong di Jepun

Satu lagi rahsia besar yang jarang diceritakan oleh ejen pelancongan adalah risiko untuk terbeli kasut yang diperbuat daripada kulit babi atau pigskin semasa berbelanja di Jepun.

Di Malaysia, label kasut biasanya menyatakan dengan jelas jika bahan tersebut mengandungi pigskin, tetapi di kedai-kedai di Jepun, maklumat ini sering tersembunyi dan tidak dinyatakan secara terbuka kepada pembeli. Nak tahu lebih lanjut? Baca di sini. 

Jenama popular seperti New Balance antara yang paling banyak menggunakan material ini, jadi pembeli Muslim perlu ekstra berhati-hati dan melakukan kajian mendalam sebelum rambang mata melihat harga kasut yang murah.

Perancangan yang teliti bukan sahaja menyelamatkan poket korang, malah menjamin ketenangan mental sepanjang berkelana di negara orang.

Sumber: Terpaling Travel

Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD