Mercedes F1 Pilih TeamViewer ONE, Pastikan Operasi Litar Lancar Tanpa Henti

Mercedes F1 Pilih TeamViewer ONE, Pastikan Operasi Litar Lancar Tanpa Henti

Pasukan lumba kereta Mercedes-AMG PETRONAS F1 secara rasminya telah menaik taraf sistem operasi IT mereka kepada TeamViewer ONE.

Langkah strategik ini dibuat menjelang perlumbaan Formula 1 Grand Prix Miami.

Bagi sebuah pasukan yang mementingkan kepantasan, gangguan pada sistem IT bukanlah satu pilihan, malah margin untuk berlaku gangguan adalah sifar.

Justeru, peralihan daripada sistem TeamViewer Tensor sebelum ini kepada platform baharu ini memberi mereka kawalan penuh secara masa nyata merentasi ribuan peranti.

Ini termasuklah daripada ibu pejabat mereka di Brackley sehinggalah ke garaj di sisi litar.

Ketua Pasukan (Team Principal) dan CEO Mercedes-AMG PETRONAS F1, Toto Wolff, menegaskan bahawa teknologi di sebalik data yang mereka gunakan perlu sentiasa cemerlang tanpa ruang untuk kesilapan.

“TeamViewer menyampaikan dua perkara yang tidak pernah kami kompromi, kebolehpercayaan dan prestasi. Peralihan kepada TeamViewer ONE adalah satu langkah mantap dan isyarat bahawa kerjasama kami dibina untuk masa depan sukan ini,” kata Wolff dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pengarah IT Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1, Michael Taylor, turut menambah bahawa setiap saat sangat berharga bagi pasukan dalam menguruskan kos perbelanjaan yang ketat.

“Peralihan daripada Tensor kepada TeamViewer ONE adalah langkah seterusnya yang logik. Kes perniagaan ini jelas iaitu dengan kurang masa henti, data yang lebih baik, dan keuntungan produktiviti sebenar di seluruh pasukan,” ujar Taylor dalam kenyataan media hari ini.

Menerusi TeamViewer ONE, platform ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berupaya mengesan serta menyelesaikan masalah sebelum ia menjejaskan operasi.

Keupayaan ini sangat kritikal kerana masalah kecil pada komputer atau radio boleh mengubah nasib sesuatu perlumbaan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD