TOKYO – Pentadbiran Jepun pada Jumaat telah menetapkan langkah untuk meningkatkan kadar bayaran bagi visa kemasukan tunggal untuk pelawat asing sebanyak lima kali ganda kepada 15,000 yen (AS$90) berbanding 3,000 yen sebelum ini bermula Julai depan, sekali gus mencatatkan pelarasan harga pertama sejak tahun 1978 di tengah-tengah isu inflasi serta penyusutan nilai mata wang yen.
Kos pengeluaran bagi dokumen visa kemasukan berbilang, yang memberikan kebenaran kepada pelancong untuk keluar masuk ke Jepun berulang kali dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan, akan ditingkatkan daripada 6,000 yen kepada 30,000 yen, memetik laporan agensi berita Kyodo News.
“Kami tidak menjangkakan langkah berkenaan memberi kesan segera kepada pelancongan masuk,” kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi semasa sidang media.
Langkah kenaikan tarif tersebut diunjurkan bakal merapatkan jurang kos pengeluaran dokumen visa Jepun agar selari dengan kadar standard yang diguna pakai oleh negara-negara anggota Kumpulan Tujuh (G7).
— BERNAMA-KYODO
Sumber: ASTRO AWANI
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?