NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bagaimana Kita Akan Melancong Pada Tahun 2027?

Bagaimana Kita Akan Melancong Pada Tahun 2027?

Industri pelancongan global bukan sahaja pulih selepas pandemik, malah kini berkembang lebih pantas daripada ekonomi dunia secara keseluruhan. 

Pada 2025, sektor pelancongan dan pelancongan menyumbang kira-kira AS$11.6 trilion kepada ekonomi global serta menyokong 366 juta pekerjaan di seluruh dunia. 

Namun persoalan yang lebih menarik bukanlah “ke mana kita akan pergi?”, tetapi “bagaimana cara kita akan melancong?”.

Berdasarkan laporan industri terkini daripada Expedia, Skyscanner dan organisasi pelancongan antarabangsa, beberapa trend mula menunjukkan bagaimana corak pelancongan global mungkin berubah menjelang 2027.

1. AI Akan Menjadi Travel Agent Baharu

Suatu ketika dahulu, merancang perjalanan memerlukan puluhan tab pelayar internet dibuka serentak.

Menjelang 2027, proses itu dijangka semakin digantikan oleh Artificial Intelligence (AI).

Data Adobe menunjukkan trafik daripada platform AI ke laman web pelancongan meningkat hampir 200% dalam tempoh setahun, manakala 86% pelancong berkata AI membantu mereka merancang perjalanan dengan lebih baik. 

Pada masa depan, AI mungkin bukan sekadar mencadangkan destinasi, malah boleh membina itinerary lengkap, anggaran bajet, atau tips-tips seperti waktu terbaik untuk membeli tiket.

2. Pelancong Akan Memilih ‘Slow Travel’

Budaya ‘7 negara dalam 10 hari’ semakin dipersoalkan.

Ramai pelancong mula mencari pengalaman yang lebih perlahan dan bermakna, berbanding mengejar sebanyak mungkin lokasi dalam satu perjalanan.

Sebuah laporan dari Expedia mengenal pasti trend seperti “JOMO Travel” (Joy of Missing Out), di mana pelancong sengaja mengelakkan jadual yang terlalu padat dan memilih pengalaman yang lebih santai. 

Pelancong akan menghabiskan lebih banyak masa di satu destinasi, tinggal lebih lama dan memberi tumpuan kepada pengalaman tempatan.

3. Bandar Kedua Akan Mengatasi Destinasi Popular

Paris, Tokyo dan Seoul masih popular.

Tetapi semakin ramai mula mencari alternatif yang kurang sesak.

Menurut laporan Expedia, 63% pengguna menyatakan mereka berminat melawat ‘Detour Destinations’ atau destinasi alternatif yang berhampiran lokasi terkenal.

Contohnya trend yang akan mengubah landskap pelancongan, 

  • Fukuoka menggantikan Tokyo
  • Krabi menggantikan Phuket
  • Girona menggantikan Barcelona

Ramalan 2027:
Era ‘hidden gems’ akan menjadi lebih besar apabila pelancong cuba mengelakkan kesesakan dan kenaikan harga akibat over tourism.

4. Travel Akan Lebih Dipengaruhi Oleh Minat Peribadi

Jika dahulu orang melancong kerana tempat itu popular, kini orang melancong kerana minat mereka.

Trend ini sudah mula kelihatan melalui:

  • concert tourism,
  • literary tourism,
  • food tourism,
  • beauty tourism,
  • wellness tourism.

Laporan Skyscanner menunjukkan pelancong semakin mencari pengalaman yang bersifat peribadi dan berkait rapat dengan minat masing-masing.

Antara trend tourism yang agak popular pada tahun ini ialah concert tourism dan food tourism, di mana kita boleh lihat ramai individu yang sanggup melancong jauh semata-mata untuk ke destinasi minat mereka. 

5. Pelancongan Kesihatan Akan Menjadi Arus Perdana

Wellness travel bukan lagi sekadar spa dan urutan.

Kini muncul trend baharu yang dikenali sebagai ‘longevity tourism’, iaitu perjalanan yang memberi fokus kepada kesihatan jangka panjang, tidur berkualiti, kecergasan dan kesejahteraan diri.

Pelancong semakin mencari:

  • retreat kesihatan,
  • digital detox,
  • terapi tidur,
  • percutian berasaskan alam semula jadi.

Ramalan 2027:
Pelancongan kesihatan akan berkembang daripada niche kepada arus perdana, terutama dalam kalangan golongan profesional muda.

6. Pengalaman Akan Lebih Penting Daripada Destinasi

Salah satu perubahan terbesar ialah cara manusia melihat travel.

Menurut kajian Skyscanner melibatkan 22,000 pelancong global, 84% responden merancang untuk melancong lebih banyak pada 2026 walaupun kos semakin meningkat.

Ini menunjukkan bahawa bagi ramai orang, travel bukan lagi sekadar bercuti.

Ia menjadi medium untuk individu itu menambah pengalaman hidup dan memori bersama orang-orang yang tersayang atau menjadikan percutian itu sebagai ganjaran atas kerja kerasnya.

Ramalan 2027:
Soalan “ke mana hendak pergi?” mungkin akan digantikan dengan “pengalaman apa yang ingin saya rasai?”

Jika satu dekad lalu pelancongan tertumpu kepada destinasi terkenal dan gambar yang cantik untuk media sosial, menjelang 2027 fokus itu dijangka berubah.

Teknologi AI akan memudahkan perancangan perjalanan. 

Pelancong akan bergerak lebih perlahan, memilih destinasi yang kurang sesak dan mencari pengalaman yang lebih peribadi serta bermakna.

Mungkin perubahan terbesar bukanlah pada destinasi yang kita lawati, tetapi pada sebab mengapa kita memilih untuk pergi.

Kerana pada tahun 2027, melancong bukan lagi sekadar melihat dunia, tetapi mencari pengalaman yang benar-benar memberi makna kepada diri sendiri. 

Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!

Izzah Amirah

Izzah Amirah adalah Penerbit Kandungan Gaya Hidup & Kembara yang juga bertindak sebagai 'enjin kreatif' di sebalik siri mega TERPALING TRAVEL. Beliau bertanggungjawab menterjemahkan pengalaman kembara global kepada penceritaan digital dan kewartawanan gaya hidup yang eksklusif buat pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy