NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Orang Lain Dapat Tiket RM800, Kita RM3,000?

Orang Lain Dapat Tiket RM800, Kita RM3,000?

Sudah tahun 2026, masih ramai mencari tiket kapal terbang dengan cara yang salah. 

Ketahui kesilapan yang menyebabkan harga tiket flight menjadi jauh lebih mahal serta cara mencari tiket murah seperti yang dilakukan oleh pengembara berpengalaman.

Pernah tak anda nampak seseorang di TikTok atau Facebook berkongsi dia berjaya beli tiket penerbangan ke Jepun dengan harga cuma RM899 pergi balik?

Kemudian, bila anda buka aplikasi yang sama dan cari destinasi yang sama, harga yang keluar pula mencecah RM2,800 hingga RM3,000.

Destinasi sama, syarikat penerbangan sama, malah musim perjalanan pun hampir sama.

Jadi, apa faktor yang menyebabkan harga boleh berbeza sehingga beribu-ribu ringgit?

Ramai menyangka mereka yang mendapat tiket murah cuma bernasib baik atau mempunyai ‘orang dalam’, tetapi sebenarnya tidak. 

Hakikatnya, kebanyakan daripada kita melakukan satu kesilapan yang sama setiap kali mencari tiket kapal terbang

Kesilapan ini nampak kecil, tetapi boleh menyebabkan harga tiket meningkat ratusan, malah ribuan ringgit.

Lebih mengejutkan, ramai yang tidak sedar mereka telah melakukan kesilapan ini selama bertahun-tahun.

Kesilapan Yang Hampir Semua Orang Buat

Antara situasi yang sering berlaku, apabila anda tetapkan tarikh secara terus. Sebagai contoh, “Aku nak pergi Tokyo pada 20 Disember dan balik 27 Disember.”

Kemudian, anda terus buka aplikasi seperti Google Flights atau Skyscanner dan terus mencari penerbangan mengikut tarikh tersebut.

Dari luar, perbuatan ini nampak biasa, tapi tanpa anda sedar, di sinilah kesilapan pertama bermula. 

Apabila kita mengunci tarikh terlebih dahulu sebelum melihat harga, pilihan kita menjadi sangat terhad. 

Kita tidak lagi mencari tiket paling murah, sebaliknya memaksa sistem mencari tiket pada tarikh yang kita mahukan walaupun tarikh itu merupakan antara yang paling mahal dalam setahun.

Sistem Airline Tidak Peduli Siapa Anda

Ramai orang fikir harga tiket ditentukan berdasarkan masa kita membuat tempahan.

Hakikatnya, faktor paling besar ialah permintaan.

Semakin ramai orang mahu terbang pada tarikh yang sama, semakin tinggi harga tiket akan dijual.

Itulah sebabnya tiket sering melonjak ketika:

  • Cuti sekolah
  • Cuti umum yang panjang
  • Hari Raya Aidilfitri
  • Tahun Baharu Cina
  • Krismas
  • Musim salji di Jepun
  • Musim bunga melihat bunga sakura
  • Musim luruh di Korea Selatan

Tidak kira sama ada korang menempah enam bulan lebih awal sekalipun, jika permintaan pada tarikh tersebut sangat tinggi, harga tetap boleh menjadi mahal.

Jadi Bagaimana Orang Lain Boleh Dapat Tiket Jauh Lebih Murah?

Inilah rahsia yang ramai pengembara berpengalaman gunakan.

Mereka tidak mencari mengikut tarikh. Sebaliknya, mereka mencari mengikut harga.

Nampak macam perkara kecil, tetapi cara fikir ini boleh memberikan perbezaan yang sangat besar.

Sebagai contoh, katakan anda bercadang untuk melancong ke Jepun sekitar bulan Oktober.

Daripada terus memilih 10 Oktober hingga 17 Oktober, cuba gunakan fungsi Flexible Dates atau Whole Month.

Kadangkala, hanya dengan mengubah tarikh berlepas dua atau tiga hari lebih awal, harga tiket boleh turun ratusan ringgit.

Dalam sesetengah kes, perbezaannya boleh mencecah lebih RM1,000.

Tukar Cara Berfikir Ketika Memburu Tiket Murah

Mulai sekarang, jangan tanya diri sendiri, “Aku nak pergi pada tarikh berapa?”

Sebaliknya, tanya, “Bilakah harga paling murah untuk aku pergi?”

Nampak seperti perubahan kecil, tetapi inilah cara yang digunakan oleh ramai kaki travel yang kerap mendapat tiket murah.

Mereka lebih fleksibel dengan tarikh perjalanan, dan membiarkan harga menentukan jadual, bukannya sebaliknya.

Cara Cari Tiket Flight Murah Yang Ramai Travel Expert Gunakan

Kalau korang benar-benar mahu berjimat, cuba ikut 3 langkah mudah ini.

1. Tetapkan destinasi dan bulan, bukan tarikh

Cara salah yang kebanyakan orang selalu gunakan:

 Kuala Lumpur → Tokyo (20 Disember)

Cara yang WAJIB anda guna mulai hari ini:

Kuala Lumpur → Tokyo (Disember)

Apabila korang memberi ruang beberapa hari, peluang untuk menemui harga yang lebih rendah menjadi jauh lebih tinggi.

2. Gunakan paparan kalendar harga

Platform seperti Google Flights dan Skyscanner mempunyai fungsi yang memaparkan harga untuk setiap hari dalam sebulan.

Daripada satu tarikh sahaja, anda boleh terus nampak hari mana yang menawarkan tambang paling murah.

Kadangkala, hanya beza satu atau dua hari sudah cukup untuk menjimatkan ratusan ringgit.

3. Elakkan membeli tiket ketika semua orang mahu bercuti

Kalau jadual kerja mengizinkan, cuba pilih minggu sebelum cuti sekolah atau selepas musim perayaan.

Permintaan biasanya lebih rendah dan harga tiket juga lebih kompetitif.

Benarkah Mod Incognito dan Padam Cookies Boleh Murahkan Harga?

Ini antara mitos paling popular dalam dunia travel.

Ramai percaya syarikat penerbangan menaikkan harga setiap kali kita mengulang carian kerana mereka mengesan kita melalui cookies.

Sehingga hari ini, tiada bukti kukuh yang menunjukkan semua syarikat penerbangan menggunakan kaedah tersebut.

Namun, menggunakan mod Incognito tidak memudaratkan dan boleh membantu mengelakkan data pelayaran daripada mempengaruhi pengalaman carian di sesetengah laman web.

Apa yang jauh lebih penting ialah memilih tarikh yang fleksibel dan membandingkan harga di beberapa platform.

Google Flights Kini Semakin Bijak

Satu lagi ciri yang semakin berguna ialah Price Tracking dan Price Prediction di Google Flights.

Fungsi ini membolehkan pengguna mengetahui sama ada harga semasa berada pada paras biasa, lebih murah daripada kebiasaan atau dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.

Walaupun ia bukan jaminan harga akan turun, ia boleh membantu korang membuat keputusan sama ada mahu membeli sekarang atau menunggu sedikit lagi.

Sumber: Pemburu Tiket Murah

Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!

Izzah Amirah

Izzah Amirah adalah Penerbit Kandungan Gaya Hidup & Kembara yang juga bertindak sebagai 'enjin kreatif' di sebalik siri mega TERPALING TRAVEL. Beliau bertanggungjawab menterjemahkan pengalaman kembara global kepada penceritaan digital dan kewartawanan gaya hidup yang eksklusif buat pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy