NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Harga Minyak

Harga Minyak Asia Barat Mencatat Rekod Termahal Dunia

Harga Minyak Asia Barat Mencatat Rekod Termahal Dunia

KUALA LUMPUR – Harga minyak Asia Barat kini dinobatkan sebagai yang paling mahal di dunia selepas penanda aras utama rantau tersebut melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah, kesan daripada gangguan bekalan yang meruncing dan ketegangan geo-politik di rantau Teluk menurut data terbaru agensi berita Reuters. Penanda aras Cash Dubai mencecah rekod luar biasa AS$153.25 setong […]

IEA Lepaskan Rizab Minyak Strategik: 400 Juta Tong Dilepaskan Tangani Krisis Tenaga Global

IEA Lepaskan Rizab Minyak Strategik: 400 Juta Tong Dilepaskan Tangani Krisis Tenaga Global

IEA lepaskan rizab minyak strategik sebanyak 400 juta tong dari simpanan negara anggotanya dalam langkah kecemasan terbesar sejak pelepasan 182 juta tong susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, keputusan kolektif ini diambil bagi menangani lonjakan harga tenaga global yang dipicu oleh ketegangan membara di Asia Barat. Cabaran Pasaran Minyak Belum Pernah Berlaku Sebelum […]

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Walaupun Minyak Dunia Naik

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Walaupun Minyak Dunia Naik

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter walaupun harga minyak mentah dunia dilaporkan semakin meningkat di pasaran global. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan memahami tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat ketika ini dan akan mengambil langkah terbaik supaya kenaikan harga minyak global […]

Harga Minyak 26 Feb – 4 Mac: RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Semenanjung Naik 5 Sen Seliter

Harga Minyak 26 Feb – 4 Mac: RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Semenanjung Naik 5 Sen Seliter

Harga minyak 26 Feb – 4 Mac menyaksikan kenaikan lima sen seliter bagi RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia. Pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan ini menjadikan RON97 kini pada paras RM3.15 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi meningkat kepada RM2.59 seliter. Bagi pengguna diesel di Semenanjung, harga baharu ditetapkan pada RM3.04 seliter, juga […]

Warga Emas Didenda RM9,000 Ubah Nombor Plat Kereta Singapura Untuk Isi RON95

Warga Emas Didenda RM9,000 Ubah Nombor Plat Kereta Singapura Untuk Isi RON95

Seorang lelaki warga emas dikenakan denda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik keretanya, dipercayai bagi membolehkan pengisian petrol bersubsidi RON95. Tertuduh, Long Sa Kow, 64, seorang pemastautin tetap Singapura, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret R. Salini. Mengikut pertuduhan, […]

Harga RON95 Tanpa Subsidi Kini RM2.65 Seliter – Penerima Budi95 Jimat 66 Sen Seliter

Harga RON95 Tanpa Subsidi Kini RM2.65 Seliter – Penerima Budi95 Jimat 66 Sen Seliter

Seperti dijadualkan, kerajaan kini menetapkan harga RON95 tanpa subsidi mengikut mekanisme apungan mingguan, dengan harga baharu RM2.65 seliter untuk minggu hadapan. Harga ini hanya terpakai bagi mereka yang tidak layak menerima subsidi Budi Madani RON95 (Budi95). Bagi rakyat Malaysia yang layak menerima Budi95 dan mempunyai lesen memandu sah, harga kekal RM1.99 seliter, bermakna penerima subsidi […]

Dua Warga Asing Dicekup Ketika Cuba Seludup Petrol Berjumlah Lebih RM100k

Dua Warga Asing Dicekup Ketika Cuba Seludup Petrol Berjumlah Lebih RM100k

Dua warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup minyak petrol bersubsidi di perairan Pulau Boheian dan Tanjung Manimpa, Semporna, Sabah pada awal pagi Selasa. Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Mohd Nazri Ibrahim, operasi khas bagi mengekang aktiviti penyeludupan minyak subsidi itu dijalankan sejak 3 November, dengan tangkapan dibuat sehingga […]

Kerajaan Umum Peningkatan Kuota Budi95 untuk Pemandu E-Hailing kepada 800 Liter Sebulan

Kerajaan Umum Peningkatan Kuota Budi95 untuk Pemandu E-Hailing kepada 800 Liter Sebulan

Kerajaan bersetuju menaikkan kuota bulanan petrol bersubsidi Budi95 untuk pemandu e-hailing kepada 800 liter sebulan, bersamaan kira-kira 5,000 kilometer perjalanan, tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini diambil selepas menerima maklum balas daripada pemandu e-hailing yang mendapati kuota sedia ada sebanyak 300 liter tidak mencukupi bagi menampung […]

Ramai Pemandu Lupa Ambil MyKad Selepas Isi Minyak RON95 Bersubsidi

Ramai Pemandu Lupa Ambil MyKad Selepas Isi Minyak RON95 Bersubsidi

Hampir sebulan selepas pelaksanaan program subsidi petrol Budi Madani RON95 (Budi95), stesen minyak di seluruh negara kini berdepan satu isu baharu di mana ramai pemandu terlupa mengambil semula MyKad mereka selepas mengisi minyak. Sejak peraturan baharu mewajibkan pengguna menunjukkan MyKad bagi setiap transaksi RON95 bersubsidi, ramai mengakui mereka sering tergesa-gesa meninggalkan kaunter selepas mengisi minyak […]

Kuota 300 Liter Budi95 Sudah Mencukupi untuk Penggunaan Harian

Kuota 300 Liter Budi95 Sudah Mencukupi untuk Penggunaan Harian

Kerajaan menegaskan bahawa kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter sebulan di bawah program Budi Madani RON95 (Budi95) sudah mencukupi untuk majoriti pengguna persendirian di negara ini. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, analisis semasa menunjukkan 95 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 180 liter petrol sebulan, dengan purata penggunaan hanya sekitar 80 liter […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy