Toyota Vios GR-Sport: Versi VIOS yang Lebih Garang!

Nak Gaya, Tapi Tanak Pening Kepala.. VIOS aje jawapan dia.. ๐Ÿคจ

Walaupun banyak lagi model yang dipercayai ketahanannya, tapi VIOS adalah antara paling biasa dan popular kita selalu dengar.

Dan yang ini bukan Vios versi biasa, tapi ini versi GR-SPORT !

Kalau dulu kita selalu dengar Vios bawak tak sedap, tiada driving characteristic yang unik, performance alaahaii.. Setakat akak-akak control cun macam Zunita Ramli boleh la pakai.. kan..? Haha.. ๐Ÿ˜†

Tapi Vios generasi ke-4 ni handling dia pada saya sudah pun lebih elok daripada Honda City GM6 dan GM7. Apatah lagi bila mendapat sentuhan daripada Toyota GAZOO RACING (GR). Tambahan pula dikatakan ada sentuhan daripada lagenda negara, Tengku Djan Ley! Drifter bertaraf dunia, lagenda negara. Siapa tak kenal.

Daripada segi engine masih sama dengan Vios versi biasa dan Yaris iaitu 1.5L Dual VVT-i (2NR-FE) DOHC 16-valve, inline-4 yang menghasilkan 107PS & 140Nm tork.

Tapi darisegi transmisi, gearbox CVT tersebut mendapat setup daripada 7-speed di upgrade menjadi 10-Speed gear ratio. Dengan gear ratio yang lebih banyak dan padat ini memberikan kelebihan untuk enjin sentiasa responsif, terutamanya pada selekoh, dan ia lebih mudah mendapatkan gear yang tepat pada kelajuan tertentu menjadikan karakter model ni terasa lebih agresif.

Dari segi handling, Vios GR-sport ni mendapat sports tuning untuk suspension nya yang menjadikan pemanduan terasa lebih ligat. Namun, dalam masa yang sama ia langsung tidak mengganggu darisegi keselasaan penumpang.

Selain itu, kosmetik luarannya juga banyak berbeza. Dilengkapi dengan bodykit GR, bumper hadapan dan belakang yang berbeza, side skirting, sport rim ala-ala aftermarket berwarna hitam berkilat bersaiz 17 inci, rear lip spoiler yang lebih besar ala-ala ducktail spoiler yang berwarna gloss black serta side mirror cover dan door handle nya juga diwarnakan dengan gloss black.

Bahagian interior dalamannya masih sama, tapi ada beberapa perbezaan kecil dari segi seat meterial ala-ala alcantara yang diselangi dengan jahitan benang merah, dan terlihat logo GR di beberapa tempat.

Sistem keselamatanya juga agak lengkap, dilengkapi dengan 7 Airbag, Front Digital Video Recorder (DVR), PVM (3D Panaromic View Monitor), beberapa ciri Toyota Safty Sense seperti Pre-collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert(RCTA) dan ciri lain seperti Vehicle Stability Control (VSC) & Traction Control (TRC), Hill-start Assist Control (HAC), Anti-lock Braking System (ABS) + EBD & BA dan Emergency Stop Signal (ESS).

Jadi Vios ini antara salah satu model terbaik pilihan saya untuk kategori segmen-B bawah RM100,000. Sebab, disamping banyak penambahbaikan yang Toyota bagi pada model ni dari segi ‘drivetrain’, banyak juga improvement dari segi kosmetik yang lebih sporty dari segi luaran dan dalaman.

Harga:
VIOS 1.5 GR-Sport: RM95,284

VIOS 1.5G : RM87,584.00
VIOS 1.5E : RM82,593.00
VIOS 1.5J : RM74,623.00

Harga di atas adalah OTR tanpa insurans.
(Harga dikemas kini pada Februari 2022)

Untuk perspektif lebih jelas dan bagaimana ‘driving feel’ untuk Vios GR-Sport ni, anda boleh ikuti review saya tentang model ni di bawah ni.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD