Sesuai dengan tajuk di atas, kereta ni adalah model paling beracun untuk semua para jejaka. Sampaikan saya sendiri taknak pulang kereta ni kepada Volkswagen Malaysia sewaktu mereka berikan ‘media car’ selama 1 minggu kepada saya.
Apa yang istimewanya dengan model ni adalah ianya mempunyai segala ciri penting yang ada pada pesaing terdekatnya iaitu BMW 3 series 320i (G20) dan Mercedes C-Class C200 (W205), malah harga Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion ni lebih rendah daripada 2 pesaing tersebut.
Harga Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion adalah RM258,019.30 ‘on the road’ tidak termasuk insurans. (dikemas kini pada Februari 2022)
Bukan itu sahaja, Arteon ni juga mempunyai kelebihan daripada segi performance. Model ini didatangkan dengan enjin 2.0TSI Turbocharged Direct Injection 4-Cylinder, yang dipacukan oleh transmisi 7-Speed Wet Dual-Clutch DSG dan ia mampu menghasilkan 280PS (Horsepower) dan 350Nm tork. Manakala BMW 320i & Mercedes C200 hanya mampu menghasilkan sekitar 184 PS & 300 Nm.
Tapi itu bukan kelebihan utama pada VW Arteon ni. Kelebihan Arteon paling bersinar adalah pada keluasan dan praktikaliti interior dalamannya.
Ruang kaki penumpang hadapan dan belakang sangat luas, dan paling penting ruang kargonya adalah antara yang terbesar saya penah lihat untuk sebuah sedan atau coupe, iaitu sebesar 563 liter! Wow..!
Bukan itu sahaja, kereta ni adalah 5 pintu atau coupe, bermaksud boot belakang jika kita buka, cerminnya belakang akan terangkat sekali seperti kereta Hatchback atau SUV. Ini manjadikan bukaan mulut ruang kargonya lebih besar dan mudah untuk kita memasukkan pelbagai barang.
Banyak lagi kelebihan Volkswagen Arteon ni jika dibandingkan dengan BMW 3 series, lebih-lebih lagi Mercedes C-Class (W205) yang ternyata ruang penumpang belakangnya sangat sempit.
Selain itu model ni juga datang dengan 4 Motion, yang menjadikan gaya pemanduan kereta ni lebih tepat dan jitu. 4 Motion adalah istilah yang VW gunakan untuk ‘All-Wheel Drive System’ mereka. Ya, sama seperti jenama lain seperti Audi ada Quattro, BMW ada Xdrive dan Mercedes ada 4Matic. Semua itu adalah ‘refer’ kepada All-Wheel Drive System masing-masing.
Banyak lagi fungsi yang hebat pada Arteon R-line 4 motion ni seperti mempunyai 44 warna pilihan ‘ambient light’, Dynamic Chasis Control (DCC), Electronic Differential Lock (XDS), Progressive Steering, digital instrument panel meter dan banyak lagi.
Cuma, kalau ada satu kekurangan Arteon ni pada saya adalah, kereta ni tiada panaromic roof, atau sunroof. Jika ia ada, ia sempurna…
Jaid, untuk melihat perspektif yang lebih dekat dan terperinci, jom ikuti video review saya tentang Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion.