Pilih tayar bukan macam pilih ikan kat pasar. Biasa orang akan belanja duit lebih pada sport rim lepas tu akan beli tayar paling murah yang dia boleh dapat.
Kesian.. Ye lah sportrim boleh bagi nampak bergaya. Tayar nampak hitam daripada jauh semua nampak sama je, mahal ke murah orang tak perasan.
Tapi kalau saya nak travel jauh perkara paling saya risaukan nombor satu adalah tayar. Nyawa! Tayar ni adalah satu-satunya komonen kereta kita yang bersentuh antara kereta dengan jalan raya. Kereta kita dan brek canggih macam mana pun kalau tayar tu cikai, babai la…
Tapi tak semestinya tayar mahal sahaja yang baik, dan tak semestinya tak ada tayar yang bagus yang harga dia berpatutan.
So kali ni saya dapat cuba sendiri pandu uji satu tayar model baru daripada HANKOOK, iaitu Ventus Prime 4, disebabkan harga dia sangat mampu milik dan marhaen, available juga untuk size daripada 15 inci sampai 19 inci. So kereta-kereta biasa macam Myvi Saga Vios City boleh muat.
Model Hankook Ventus Prime 3 sebelum ni agak terkenal di Malaysia dan ramai yang bagi feedback positif. Jadi adakah Ventus Prime 4 yang juga terletak pada harga berpatutan ni akan lebih baik dari model sebelumnya?
Saya buat ujian tayar ni sewaktu hujan lebat, jalan basah dan licin habis, sebab nak tau grip dia boleh perform atau tak boleh. Tayar ni senyap pun senyap, tapi yang paling penting safety, grip atau tak waktu hujan lebat dan jalan basah?