Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, jualan kereta elektrik (EV) di Malaysia dijangka akan meneruskan momentum positif menjelang akhir tahun 2023. Kenyataan ini disokong lagi apabila beliau berkongsi bahawa Malaysia telah merekodkan lebih 100,000 kereta elektrik yang telah berdaftar setakat ini.
Lebih 12,000 bateri kereta elektrik (BEVs) telah didaftarkan sejak 2011 dengan jumlah bateri kereta elektrik yang berdaftar pada tahun ini telah melepasi 9,000 unit, kata Zafrul. Beliau turut percaya bahawa sektor kereta elektrik (EV) akan mengembang dengan pesatnya di dalam Malaysia.
Merupakan penyumbang terbesar dalam sektor EV, produk elektrik dan elektronik (E&E) juga telah berjaya menyumbang 40% daripada 80% eksport dari sektor pembuatan Malaysia. Oleh itu, lebih banyak lagi potensi dalam sesebuah kereta generasi baru di mana lebih banyak komponen diperlukan untuk menghasilkan sebuah kereta, tambah beliau.
Dari segi jualan untuk EV, sudah lebih dari 9,000 unit setakat tahun ini berbanding pada tahun lepas iaitu 2,631 unit telah terjual dan ini telah menunjukkan peningkatan yang sangat banyak. Ini sudah cukup untuk menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada sektor kereta elektrik (EV).
Sumber : Bernama