Honda Accord 2020: Dah Nampak Muda Dan Elegan

Honda Accord 2020 telah menjadi salah satu model sedan yang popular dalam pasaran automotif global. Ia menggabungkan rekaan yang elegan, prestasi yang cergas, dan teknologi inovatif yang menjadikannya pilihan utama di kalangan peminat kenderaan keluarga.

Rekaan Luaran yang Menarik

Honda Accord terkenal dengan rekaannya yang menawan dengan lekuk-lekuk yang kemas dan penampilan luaran yang menggambarkan kesan moden. Bentuknya yang aerodinamik dan ketinggiannya yang cukup sudah membuatkan kereta ini nampak tegap dari sisi luaran. Serta, elemen rekaan yang terperinci memberikan keseimbangan antara elegan dan kesan Sporty.

Keselesaan dan Kualiti Dalaman

Kabin Honda Accord sering kali menonjol dengan kualiti bahan yang tinggi dan ruang yang luas, memberikan keselesaan kepada penumpang. Rekabentuk dalaman yang ergonomik dan fitur-fitur canggih dalam teknologi serta keselesaan menjadi fokus utama dalam menjayakan pengalaman memandu.

Prestasi Enjin yang Mantap

Honda Accord 2020 dikuasakan dengan  enjin 1.5L VTEC Turbo yang boleh manghasilkan 201 PS (Horsepower) serta 260 Nm tork, memberikan gabungan antara prestasi yang mantap dan kecekapan bahan api yang baik. Enjin canggihnya memberikan daya pecutan yang cukup hebat serta pengalaman memandu yang menyeronokkan selari dengan konsepnya iaitu elegan dan sentuhan sporty.

Teknologi dan Keselamatan yang Canggih

Model Accord terkini sering dilengkapi dengan pelbagai ciri teknologi terkini, termasuk sistem infotainment yang terkini, transmisi yang automatik atau manual (gear shifting) , sistem keselamatan seperti ‘collision mitigation’, ‘lane-keeping assist’, serta ‘adaptive cruise control’ bagi meningkatkan keselamatan semasa memandu. Kereta ini juga didatangkan dengan Honda SENSING bagi varian Accord 1.5L TC-P.

Terdapat dua jenis varian untuk Honda Accord 2020:

Honda Accord 1.5L TC:

  • Enjin: 1.5L DOHC VTEC TURBO 
  • Kuasa Maksimum: 201 PS pada 5,500 rpm
  • Tork Maksimum: 260 Nm pada 1,600-5,000 rpm
  • Transmisi: CVT 
  • Harga: RM187,400

Honda Accord 1.5L TC-P:

  • Enjin: 1.5L DOHC VTEC TURBO 
  • Kuasa Maksimum: 201 PS pada 5,500 rpm
  • Tork Maksimum: 260 Nm pada 1,600-5,000 rpm
  • Transmisi: CVT 
  • Harga: RM197,400

Perbezaan antara Honda Accord 1.5L TC dan Honda Accord 1.5L TC-P ialah pada bahagian rim. Varian 1.5L TC didatangkan dengan rim 17 inci manakala untuk varian 1.5L TC-P didatangkan dengan rim 18 inci. Varian 1.5L TC-P mempunyai Honda SENSING yang melengkapkan lagi ciri keselamatan kereta tersebut.

Kehadiran Accord dalam Pasaran Kenderaan

Honda Accord selalu menjadi pilihan yang berprestij dalam segmen sedan keluarga. Dengan kombinasi rekaan yang menarik, prestasi yang hebat, dan teknologi canggih, ia terus menjadi kenderaan yang diminati di kalangan mereka yang menghargai keselesaan, prestasi, dan kecanggihan teknologi. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Honda Accord 2020, boleh tonton video review lengkap di bawah.

 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD