BEZZA Generasi ke-2 Akan Dijual Dalam Pasaran ASEAN Menggunakan Logo Daihatsu

Bezza adalah satu-satunya model Perodua yang tiada kembar dengan logo Daihatsu atau Toyota kerana ia adalah satu-satunya model yang telah dibangunkan sendiri di Perodua Rawang. Walaupun ia dibangunkan sendiri oleh Perodua, ia masih menggunakan model yang berasaskan hatchback iaitu Daihatsu Ayla, Toyota Agya dan Perodua Axia generasi pertama.

Gambar karya dari sahabat ‘Theophilus Chin’

Apa yang berbeza untuk Bezza generasi ke-2 kali ini adalah ia akan mula dijual dalam pasaran ASEAN yang lain menggunakan logo Daihatsu. Walaupun begitu, ia telah ditegaskan oleh Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, Naib Presiden Perodua, bahawa Bezza masih akan dibangunkan sendiri oleh Perodua. Sebelum ini, Myvi generasi ke-3 juga telah dibangunkan sendiri oleh Perodua namun telah dieksport dan dijual ke Indonesia dengan nama Daihatsu Sirion.

Menurut Naib Presiden Perodua ini semasa ucapan pembukaannya di peringkat akhir Pertandingan Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023, rekaan Bezza generasi baharu akan diambil dari rekaan beberapa pemenang pertandingan itu dan masih mengekalkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Sama-sama kita nantikan bagaimanakah rupa bentuk Perodua Bezza generasi ke 2 yang mungkin akan lancar tahun 2024 atau 2025 nanti.

Jom baca: Perodua & Toyota Terlibat Dalam Skandal Ujian Keselamatan oleh Daihatsu 

 

Credit: Sahabat ‘Theophilus Chin’
IG: @theottle

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD