Honda N-BOX: Kegilaan Orang Jepun yang Wajib Masuk Malaysia

Kalau ada satu model kereta yang anda takkan percaya yang saya akan beli, ianya adalah Honda N-BOX. HAHAHAHA…. Tak logik kan? Mamat inluencer kereta nak guna KERETA KOTAK. Habiss laa.. haha…

Tapi itulah hakikatnya, saya begitu tertarik dengan model nombor 1 paling laris di Jepun ni. Saya semakin faham mengapa orang Jepun 1,000 kali lebih cenderung memilih Honda N-BOX ala-ala Proton Juara ni berbanding Honda CIVIC yang kacak bergaya.

Honda N-BOX ni boleh dikategorikan sebagai Micro Van la, macam Perodua Kenari atau Proton Juara yang korang kutuk dulu ingat tak? Haa sekarang jadi kereta feveret orang Jepun tau. Kereta ni bukan MPV 7 seater, cuma ada 5 tempat duduk saje tapi boleh je nak kategorikan dia sebagai MPV 5 seater sebab dia memamg ‘multi-purpose’. Atau lebih tepat lagi orang Jepun kategorikan kereta-kereta yang macam ni sebagai Kei-car, iaitu kereta yang enjinnya 660 cc atau maksimum 1,000 cc. Kejap lagi kita cerita pasal enjin dan penjimatan minyak kat bawah ni.

Pengalaman saya beberapa kali berada di Jepun rata di banyak negeri seperti Tokyo, Osaka, Takayama, Kyoto, Nagoya dan beberapa lagi, susah untuk saya lihat Honda Civic. Kebanyakannya adalah model-model kerdil Toyota, Mitsubshi dan suzuki yang saya sendiri tak tahu namanya dan pertama kali saya lihat pada waktu tersebut.

Honda N-One, Satu lagi model Kei-Car di Jepun

Honda N-BOX ni sangat memenuhi citarasa pengguna di sana dan ia memang dicipta untuk digunakan di negara seperti Jepun ni, di mana kawasan laman rumah diorang yang sempit, parking lot yang sangat terhad dan harga petrol yang agak mahal di sana.

Seperti interior designer rumah Jepun yang sangat genius, Honda N-BOX juga dicipta untuk menggunakan setiap inci ruang. Bentuknya yang kotak tidak baik untuk aerodinamik, tapi terbaik dari segi penggunaan ruang. Bayangkan meja makan bulat vs meja makan segi empat, mana satu yang terbaik untuk ruang makan yang sempit? Sudah tentu meja segi empat, berbanding meja bulat yang akan meninggalkan ruang-ruang kosong yang tak boleh digunakan.

Selain itu, N-BOX ni juga mempunyai kapasiti enjin yang sangat kecil, iaitu 660cc VTEC Turbo. Ya enjin kecil sekecil kancil tapi ditambah Turbo, yang mana ianya cukup ideal dan mampu menghasilkan 63HP Horse Power dan 104Nm tork. Walaupun agak rendah angka ini tapi ianya cukup untuk sebuah kereta yang beratnya tak sampai 1 tan.

Dan bila enjin kecil, body ringan, maka jimatlah penggunaan minyaknya. Ada yang katakan is minyak RM40 pun tak habis-habis. Dan darisegi angka dikatakan ia mampu pergi sehingga 23 ke 24 KM per liter.

Tapi apa buat saya gila dengan Honda N-BOX ni adalah disebabkan interior dalaman dia. Macam rumah kat rumah Jepun yang korang tak akan jangka boleh terjumpa laci-laci ditempat yang tak logik dan tersembunyi, sama jugak seperti N-BOX ni, begitu banyak ruang compartment yang besar, kecil dan pelbagai saiz ditempat-tempat yang begitu ideal, tanpa ia merosakkan design dalaman Honda yang memang sedia cantik.

Sebenarnya bukan Honda N-Box sahaja yang berkonsepkan microvan atau kei-car atau kereta kotak ni, banyak lagi model-model lain di Jepun dari pelbagai jenis brand macam Toyota Roomy, Toyota Tank, Suzuki Spacia, Mitsubishi Delica Mini, Honda N-One dan banyak lagi.

Banyak lagi yang saya nak kongsikan, jadi jom kita lihat secara dekat model kegilaan rakyat Jepun ni daripada perspektif video.

Tarikh dilancarkan di Jepun: 25 May 2017
Nama: N-BOX
Generasi: Ke-2 (JF3/4)
Jenis: Microvan / Kei Car
Jumlah Tempat Duduk: 5

ENJIN
N/A: 658 cc S07A I3 (petrol)
Turbo: 658 cc S07A Turbo I3-T (petrol)

TRANSMISI
CVT

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD