Cuma Voxy & Noah ni adalah versi minivan 7 tempat duduk yang kecil sikit, untuk gambaran saiz dan segemen dia sama macam Nissan Serena. Jadi sesuailah pada korang yang minat pada Toyota Alphard atau Vellfire, tapi parking kat rumah tu sempit tak muat masuk kereta besar macam Alphard, mungkin korang boleh cuba fikiran untuk dapatkan VOXY atau NOAH ni.
Toyota Malaysia tak bawa masuk kereta ni, Tapi sekarang banyak pengedar-pengedar kereta recon dah mula bawa masuk Malaysia. Kebanyakannya semua masih baru, ada yang plastik tempat duduk pun masih belum bukak, sebab model ni baru lagi dan baru sahaja dilancarkan di Jepun tahun lepas 2022.
Tarikh dilancarkan di Jepun: 13 Januari 2022
Nama: NOAH
Kembar: VOXY
Generasi: Ke-4 (R90)
Facelift: –
Jenis: Minivan
Jumlah Tempat Duduk: 6 atau 7
ENJIN
Petrol: 2.0 L M20A-FKS I4 (MZRA90/95)
Petrol Hybrid: 1.8 L 2ZR-FXE I4 (ZWR90/95)
TRANSMISI
Petrol:K120 CVT with physical first gear
Petrol Hybrid: eCVT (hybrid)