passionately driven

Perkenalkan Peugeot e-3008 EV Terbaru: Prestasi Berkualiti Dengan Jarak 700 km, Kecekapan Dwi-Motor dan Bateri 98 kWh.

Peugeot e-3008 kini telah diperkenalkan, membawa model EV dengan tiga konfigurasi kuasa di dua varian – Allure dan GT. Ia menawarkan versi standard dengan Single Motor 157 kW (213 PS) dan 2WD  Long Range 170 kW (231 PS), dan Dual Motor AWD dengan 240 kW (326 PS).

Dengan panjang 4,540 mm, lebar 1,890 mm, dan tinggi 1,640 mm, e-3008 mempunyai reka bentuk baharu dengan gril dan lampu hadapan bergabung. Siluetnya lebih ramping dengan atap berbentuk fastback dan lampu belakang penuh lebar.

E-3008 menggunakan platform STLA untuk menjaga pusat graviti serendah mungkin dengan bateri 400-volt nickel-manganese-cobalt. Terdapat dua kapasiti bateri – 73 kWh untuk varian Standard Dual Motor dan 98 kWh untuk varian Jarak Jauh.

Pengecasan e-3008 boleh dilakukan dengan pengecas 11 kW AC standard atau pengecas 22 kW AC sebagai option. DC charging boleh mencapai sehingga 160 kW. Terdapat empat mod pemanduan – Normal, Eco, Sport, dan 4WD.

Di dalam, e-3008 dilengkapi dengan Peugeot Panoramic i-Cockpit, skrin sentuh 21 inci (GT) atau dua paparan 10 inci (Allure). Touch screen boleh di ubahsuai ikut kehendak, dan konsole tengah memberi lebih banyak ruang penyimpanan.

Versi Allure, kerusi dilapisi dengan kulit tiruan dan fabrik – bukan kulit sebenar, tetapi kelihatan dan berasa seperti kulit sejati. Versi GT, kerusi mempunyai campuran kulit tiruan dan Alcantara.

Kerusi hadapan dilengkapi dengan adaptive side bolsters yang boleh inflate atau deflate ikut kehendak bentuk badan pengguna, dan sistem audio adalah Focal 10-speaker premium hi-fi.

Sistem bantuan pemandu termasuk Drive Assist Plus dengan kawalan pelayaran automatik, perubahan lorong, AEB, amaran had laju, dan banyak lagi. E-3008 boleh didapati dalam enam warna luaran dan akan dihasilkan di kilang Peugeot di Perancis, dengan jualan bermula Februari 2024.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD