Berpuluh-puluh model Proton telah kita saksikan sepanjang 38 tahun ini. Sebutkan 1 model paling menggiurkan bagi korang. Jawapan saya, Proton Satria GTi. Kenapa? Ini adalah model yang benar-benar berjaya mencapai ‘purpose’ ia dibina, pada eranya, hinggakan model ini begitu banyak mendapat pujian majalah-majalah kereta di searata dunia terutamnya di United Kingdom dan Australia pada hujung 90an dan awal 2000.
Proton Satria GTi yang dilancarkan pada tahun 1998 ini adalah model pertama yang mendapat sentuhan ‘Handling by Lotus’ yang mana ketika hujung 90-an Proton baru sahaja berjaya mengambil alih pengurusan jenama Lotus. Serta merta model yang diasaskan daripada platform Mitsubishi Mirage generasi ke-4 ini mendapat kawalan pemanduan yang unik dan tepat hasil daripada usaha keras jurutera tempatan Proton yang cuba memasukkan DNA handling sportscar ke dalam rangka kereta biasa.
Model ini telah disuntikkan dengan enjin 1.8L Mitsubishi 4G93P DOHC Inline-4 yang mana ia boleh menghemburkan 138 hp kuasa kuda dan 164 Nm tork. Iainya agak besar untuk sebuah ‘hot-hatch’ pada era tersebut dan 0 ke 100 km/j ia boleh pecut sepantas 8.5 saat dan top speed dikatakan mampu capai lebih daripada 200 km/j.
Sehingga hari ini Proton Satria GTI masih kekal sebagai model yang paling banyak diburu dalam pasaran kereta terpakai menjadikan model ini juga antara model paling panas untuk dicuri.
Ini kereta segala parts bahagian dalam dan luarnya begitu unik, dan berbeza dengan model Satria yang biasa, hanya ada pada model ini sahaja seperti cluster meter yang berbeza, tempat duduk Recaro, Gear knob, panel pintu, panel tengah dashboard, mat alas kaki, door step, steering, konsol tengah, pedal, sport rim, bumper depan dan belakang, side bodykit, grill, ekzos, dan lampu hadapan dan belakang juga dikatan berbeza daripada model satria yang biasa.
Keunikan kereta ni membuatkan harga Proton Satria GTI kekal tinggi di pasaran kereta terpakai sehinggalah hari ini. Untuk perspektif yang lebih dekat dan jelas, jom layan video saya di bawah.