Toyota GR86: Pelanduk Terakhir dalam Spesisnya

Tarikh asal dilperkenal: 2020/2021
Tarikh dilancarkan di Malaysia: 17 Februari 2023
Generasi: Ke-2 (ZN8 / ZD8)
Facelift: –
Jenis: Entry level sports car / Coupe
Pintu: 2 doors
Tempat Duduk: 4
Pacuan: 2 roda belakang (Rear-Whel Drive)

Carilah satu sports car zaman sekarang 2 pintu, 4 tempat duduk coupe, ‘rear wheel drive’ yang masih dengan ‘naturaly aspirated’ enjin tanpa turbo, tanpa hybrid atau elektik motor, apatah lagi masih kekal menggunakan gear manual, anda takkan jumpa. Ianya sungguh klasik, sungguh mengujakan untuk dipandu dan sangat penuhi citarasa anak muda peminat kereta.

Ini adalah Toyota GR86, dan ia adalah yang terakhir dalam spesisnya. Jika kita imbau kembali lebih kurang 25 tahun yang lalu, ini adalah sebuah konsep paling popular dikalangan JDM sportscar. Pada era tersebut begitu banyak nama-nama sportscar Jepun dari pelbagai konsep yang begitu popular satu dunia seperti Nissan Skyline, Toyota Supra, Mazda RX-7, Subaru Imprezza WRX STI, Mitsibishi Lancer EVO, Mitsubishi Eclipse, Nissan Sylvia, Nissan Fairlady Z model dan banyak lagi jika kita selak satu persatu sehingga era hujung 80-an.

Tapi satu per satu nama-nama lagenda tersebut hilang tanpa penganti. Hanya ada beberapa nama sahaja dalam senarai di atas yang masih lagi bertahan sampai hari ini. Dan salah satunya adalah Toyota 86, nama ’86’ yang diinspirasikan oleh kejayaan lagenda datuknya Toyota AE86, dilahirkan semula pada 2012, model ini merupakan antara ‘player’ terakhir yang muncul di hujung era, setelah semuanya pergi, seolah-olah ia menjadi pemain terakhir sebagai penyambung legasi lagenda-lagenda JDM dalam dunia era baru, era EV.

Apa yang memukau pada Toyota GR86 adalah kendaliannya, handling. Anda akan dapat rasa kawalan pemanduan yang tepat dan tindak balas atau respon kereta yang pantas, membuatkan anda dapat rasa setiap gerakan dan getaran atas jalan dengan jelas terutamanya pada jalan yang berselekoh, pasti kereta ni akan buat anda tersenyum.

Dengan rekabentuk yang rendah dan pusat graviti yang ideal, Toyota GR86 memberikan kestabilan luar biasa semasa memandu pada kelajuan tinggi atau dalam situasi memotong. Keseluruhannya, penanganan Toyota GR86 merupakan salah satu kelebihan utama yang menjadikan kereta ini pilihan popular dalam kalangan peminat sports car yang menghargai apa itu ‘handling’.

Daripada kuasa, enjin 2.4L 4-flat boxer daripada kerjasama Subaru ini belum boleh digelar sebagai monster. Walaupun Toyota telah naik taraf enjinnya daripada 2.0L pada GT86 (generasi pertama), tapi enjin 2.4L N/A tersebut hanya dapat menghembur sebanyak 237 PS kuasa kuda pada 7,000 rpm dan maksimum tork adalah 250 NM pada 3,700 rpm. Bukanlah sesuatu angka yang boleh dibanggakan pada zaman sekarang (memandangkan Proton X50 pun boleh jejak hingga 255Nm). Namun jentera ini bukanlah tentang kuasa, tapi keseronokannya datang daripada pemanduan, dan hanya dengan jentera sebegini anda dapat merasai dan menggunakan setiap inci kuasa kuda tersebut, setiap daya tujahan dan setiap inci daripada keupayaan enjin.

Rekaan luaran kereta ini juga memukau dengan garis-garis yang menonjol dan aerodinamik. Seperti generasinya yang pertama GT86, GR86 masih lagi mengekalkan konsep 2 pintu 4 tempat duduk coupe yang sama, namun kali ini kita boleh lihat rekaan luarannya lebih menarik dan lebih moden.

Keselesaan dalam kabin kereta ini tidak dapat dinafikan, dengan tempat duduk yang ergonomik dan pelbagai ciri kemudahan seperti sistem infotainment yang canggih. Sistem kawalan pintar dan paparan maklumat digital menambah nilai kepada pengalaman memandu.

Dalam sesi review saya kali ni, saya diberi kesempatan untuk memandu dan merasai sendiri model ni. Ikuti review yang lebih menyeluruh tentang Toyota GR86 baru ni dalam video di bawah:

Harga Toyota GR86 (Baru Toyota Malaysia)
Manual: RM295,000
Automatik: RM305,000


ENJIN
Petrol:
2.4L Horizontally Opposed 4-cylinder Boxer Engine, DOHC (D-4S Direct and Port Injection System)

TRANSMISI
Manual: 6-speed manual
Automatik: 6-speed automatic (dengan Paddle Shifter)

POWER
Kuasa Kuda: 237 PS @ 7,000 rpm
Maksimum Tork: 250 NM @ 3,700 rpm

0-100 km/h:
Manual: 6.3 Saat
Auto: 6.8 Saat

Top Speed
Manual: 226 km/h
Auto: 216 km/h

RUANG BOOT
226 Liter

SAIZ TAYAR
215/40 R18, Alloy

SUSPENSION
Depan: MacPherson Strut with Stabiliser
Belakang: Double Wishbone with Stabiliser

BREK
Depan: Ventilated Disc with 2-piston Floating Caliper
Belakang: Ventilated Disc with 1-piston Floating Caliper

Rear Differential: Limited Slip Differential (LSD)
Steering: Electric Power Steering (EPS)

BODY
KERB WEIGHT: 1,291 KG ke 1,312 KG
WHEELBASEL: 2,575 MM

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD