Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan Golf GTI yang telah dinaik taraf , lengkap dengan sistem audio Harman Kardon dan ciri paparan Head-up Display. Dengan peningkatan baru ini, Golf GTI kini ditawarkan pada harga RM252,990.
Sistem audio premium Harman Kardon 480-watt meningkatkan lagi ambien dalaman GTI dengan 10 unit pembesar suara. Ia mampu memberikan pengalaman bunyi keliling yang mengasyikkan dan akustik mengagumkan.

Menggabungkan aspek keselamatan dan kepekaan yang pintar, paparan head-up display memaparkan pelbagai maklumat penting pada ruang pandangan pemandu pada cermin utama. Maklumat-maklumat penting seperti kelajuan, navigasi dan sistem amaran memastikan pemandu sentiasa peka dan melihat informasi tersebut tanpa perlu mengalihkan mata mereka daripada jalan raya di hadapan.

Golf GTI ialah sebuah ikon yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan sebuah hot hatch yang menawarkan prestasi penuh kuasa dan meningkatkan pengalaman pemanduan. Jentera itu dijana oleh enjin 2.0 TSI turbo berkuasa 245 PS dan 370 Nm yang dipadankan bersama kotak gear 7 kelajuan klac basah DSG.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?