Kajian mendapati bahawa pengguna di negara ini sanggup mengenepikan risiko tahap keselamatan sesebuah kereta itu dan lebih memilih untuk mendapatkan kenderaan yang lebih murah dan mampu milik.
Menurut penganalisis Affin Hwang Investment Bank Bhd, Afifah Ishak, bank pelaburan menjangkakan jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tidak terjejas dengan skandal keselamatan Daihatsu berdasarkan jangkaan rasionalisasi keputusan pengguna. “Pengguna masih boleh menerima tahap risiko keselamatan tertentu untuk memiliki kereta mampu milik,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
MBM Resources Sdn Bhd (MBMR) dijangka menanggung beban skandal keselamatan Daihatsu baru-baru ini kerana memegang 20 peratus saham penting dalam Daihatsu dan Perodua.
“Bagaimanapun, kami tidak melihat PERODUA akan mengalami penurunan jualan yang ketara, sejajar dengan pandangan kami terhadap trend peralihan pengguna daripada jenama mewah kepada barangan mampu milik yang memanfaatkan jenama tempatan,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Sumber : Berita Harian