Hasil Jualan Tahunan UMW Toyota Berjaya Mencecah 108,107 Unit

Pada bulan Disember lalu, UMW Toyota (UMWT) telah berjaya menjual sebanyak 10,402 unit kenderaan yang terdiri daripada 10,079 unit dari Toyota dan 323 unit selebihnya dari Lexus dan sekaligus telah berjaya menutup tirai tahun 2023 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 108,107 unit kenderaan yang berjaya didaftarkan.

Berbanding pada tahun 2022, angka tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 7 peratus iaitu sebanyak 101,035 unit kenderaan pada tahun 2022. Selain itu, bahagian servis selepas jualan syarikat itu juga turut menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila sebanyak 1,342,130 unit kenderaan telah direkodkan kembali ke pusat servis.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden UMWT, Datuk Ravindran Kurusamy, “Dengan rasa terima kasih yang tulus kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi, akhir tahun ini, UMWT memperbaharui komitmen kami untuk ‘Move Your World’.

Tambahnya lagi, “Kami akan terus berusaha untuk menawarkan pengalaman mobiliti yang diperkaya menerusi kereta-kereta Toyota kami dan meluaskan akses kepada pemilikan untuk bakal pelanggan. Komitmen kami untuk mencapai kecemerlangan dan memupuk inovasi dalam industri automotif kekal tidak berbelah bahagi, memastikan tawaran terbaik untuk pemandu dan pemegang kepentingan kami.”

UMWT telah merancang untuk tahun 2024, di mana mereka akan terus menunjukkan komitmen bagi menyokong matlamat tinggi Malaysia untuk mencapai sifar-pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050 dengan memperkenalkan lebih banyak model yang mempunyai teknologi elektrik (xEV).

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD