passionately driven

Pemilik Honda HR-V Kecewa, Kereta Baharu Asyik Rosak & Terpaksa Bayar Bulanan

Tempoh hari kita telah dikejutkan dengan isu ‘Bezza gula’ dan selepas kesnya tular, akhirnya beliau berjaya mendapat wang pampasan dari pihak Perodua dan semalam, telah tular lagi satu posting dari seorang wanita yang bernama, Noriya Mamat yang telah meluahkan rasa kecewanya tentang kenderaan miliknya iaitu Honda HR-V 1.5 Turbo.

Beliau berkongsi perasaan sedih dan kecewanya selepas mendapat inspirasi dari kisah pemilik Perodua Bezza tempoh hari. Ceritanya bermula apabila kira-kira selepas dua minggu beliau mendapat kenderaan itu, keretanya mula mengalami masalah dan beliau telah menghantar keretanya ke pusat servis Honda yang terletak di Gong Badak. Menurut posting di laman Facebook beliau:


“Panas yang saya sangka hingga ke petang, rupanya kesedihan saya bertandang. Selepas 2 minggu saya guna kereta saya, saya hantar kereta baru saya ke Pusat Servis Honda Gong Badak Kuala Terengganu. Macam biasalah kan, 1000 km. Mesti kena hantar dan dekat situ ada perkhidmatan cuci kereta. Jadi saya basuh terus kereta.”

“Saya hantar kereta pagi Selasa dan petang tu boleh guna macam biasa. 2 hari lepas tu, kereta saya dah start buat hal. Lampu depan, naik turun tak boleh control. Lampu kat dalam meter kereta menyala seperti lampu lip lap dan apa yang sedih, lampu emergency pun menyala.”

“Walaupun dalam hati ni terdetik rasa resah, tapi bila memikirkan masih dalam warranty, terus saya hantar ke pusat servis Honda semula. Seminggu selepas itu, kereta dah boleh ambil tapi malangnya hari yang sama juga lepas ambil benda yang sama juga terjadi lagi dan saya terus hantar semula kereta ke Pusat Servis Gong Badak.”

“Bayangkan saya dengan sarat mengandung masa tu kena berulang alik ke Honda sebab saya dah hampir nak bersalin tak ada kenderaan untuk saya berulang alik ke klinik.”


Beliau menambah lagi bahawa rasa sangat-sangat kecewa kerana sehingga beliau telah melahirkan anak pada bulan Oktober 2023, Honda masih tidak dapat membaiki keretanya. Mereka hanya memberi alasan bahawa mereka tidak dapat mengesan punca masalah kereta beliau.

Setelah hampir empat bulan beliau berulang alik dari rumah ke Pusat Servis Honda di Gong Badak, pada bulan December kakaknya telah menghubungi pihak Honda Gong Badak dan juga Honda Malaysia untuk mengetahui punca sebenar dan jawapan dari mereka adalah mereka akan menghantar Technician Honda dari Honda Malaysia ke Terengganu untuk melihat sendiri dan mencari punca sebenar keretanya rosak.

Sekali lagi beliau meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana setelah empat bulan kereta beliau rosak, baru pihak Honda Malaysia ingin mengambil tindakan dengan menghantar seorang Technician. Setelah Technician datang untuk memeriksa keretanya, beliau masih mendapat jawapan yang sama iaitu mereka tidak dapat mengesan punca masalah kereta itu.


“Semalam pihak Honda telah menelefon dan memberitahu masalah kereta saya memang tidak dapat diselesaikan dan pihak Honda Malaysia memberitahu saya bahawa kereta saya akan dibawa ke HQ Kuala Lumpur dan memberi mereka masa sebulan untuk penyelesaian (belum pasti).”

“Kakak saya telah menelefon Honda Temerloh tempat saya membeli kereta tapi makin hampa apabila pihak di sana memberitahu kakak saya yang saya perlu membuat aduan kepada Honda Malaysia untuk mendapatkan solusi yang terbaik.”

“Apa yang saya mahu sekarang ni adalah keadilan untuk saya. Setiap bulan saya terpaksa membayar kereta yang saya dan suami tak gunakan. Bayaran bulanan hampir RM1,500 sebulan tanpa kami guna. Besar harapan saya untuk saya dapatkan kereta Honda HR-V baru tetapi mereka memberitahu yang itu tidak termasuk dalam warranty.”


Sehingga kini, pihak Honda Malaysia masih belum memberi sebarang kenyataan balas berkenaan isu ini. Kami mengharapkan agar kedua-dua pihak dapat berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD