NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Syarikat Pengendali Stesen Pengecas Didapati Beroperasi Tanpa Lesen: Mercedes Benz EQB Terbakar

Syarikat Pengendali Stesen Pengecas Didapati Beroperasi Tanpa Lesen: Mercedes Benz EQB Terbakar

Pada 31 Desember 2023 yang lalu, sebuah kereta elektrik berjenama Mercedes Benz EQB telah terbakar semasa cas di Johor Bahru. Ia kini telah diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bahawa syarikat yang mengendalikan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor didapati telah beroperasi tanpa lesen.

Menurut laporan FMT, segala aktiviti pembekalan tenaga daripada mana-mana pemasangan hendaklah dilaksanakan dengan lesen yang sah daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Menurut kenyataan ST yang telah dikeluarkan, pihak bertanggungjawab dan syarikat berkenaan akan dipanggil untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tiada sebarang kecederaan terhadap individu atau pegawai bomba yang terlibat telah diumumkan oleh ST.

Selain memusnahkan 20 peratus Electric Vehicle (EV) Charging Bay, 90 peratus dari keseluruhan kenderaan dan 5 peratus bangunan ruang pameran turut musnah disebabkan kebakaran ini.

 

Sumber : Paultan, FMT

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy