Syarikat Delivery Hero atau dikenali sebagai FoodPanda Malaysia bakal dibeli oleh Grab. Tinjauan kami mendapati Syarikat Delivery Hero melalui satu kenyataan rasmi memaklumkan tentang potensi penjualan perniagaan Foodpanda dalam pasaran terpilih di Asia Tenggara, merangkumi Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar, dan Laos.
Menurut laporan dari Wirtschaftswoche, syarikat berpusat di Berlin sekarang memiliki kemampuan untuk menjual perniagaannya di bawah jenama Foodpanda di Singapura, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina, dan Thailand. Pelabur dalam platform penghantaran makanan dalam talian itu menyambut baik berita tersebut yang menyebabkan kenaikan saham sebanyak 13.5 peratus.
Syarikat Delivery Hero dalam masa yang sama mengulas bahawa rundingan masih dalam peringkat awal dan tertakluk kepada pelbagai perkara yang perlu dibincangkan sebelum mencapai perjanjian muktamad dan Grab adalah salah satu syarikat yang mungkin terlibat. Pembelian pesaing akan memperkuatkan lagi penguasaan mereka di pasaran sambil membantu mengurangkan perbelanjaan pemasaran untuk mendapatkan pelanggan baru.
Berdasarkan laporan awal, Foodpanda dianggarkan mempunyai nilai lebih dari €1 bilion (~RM5 bilion). Walau bagaimanapun, Grab masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai spekulasi ini yang telah mengejutkan banyak pihak.
Jika spekulasi ini benar, Grab akan memonopoli syarikat p-hailing di Asia Tenggara dengan lebih 50 peratus dan rider Foodpanda juga akan berpindah kepada Grab di mana sebelum ini juga Grab telah mengambil alih operasi Uber Eats Malaysia pada tahun 2018.
Sumber : Vocket