Michelin Malaysia mempelawa para pelanggan untuk mengalami keriangan musim perayaan ini menerusi promosi Tahun Baharu Cina yang menarik, di mana hadiah-hadiah eksklusif menanti mereka bagi menaik taraf pengalaman balik kampung masing-masing.
Dari 15 Januari hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli 2 tayar Michelin (18 inci dan ke atas) boleh membawa pulang Bantal Michelin serba eksklusif, menjadikan perjalanan balik kampung mereka lebih menyelesakan. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli 4 tayar Michelin (15 inci -17 inci) boleh membawa pulang Kad Hadiah Petronas Michelin yang bernilai sehingga RM30 untuk menjimatkan pembelian minyak mereka semasa perjalanan.
Hadiah-hadiah menarik ini boleh ditebus di outlet-outlet Tyreplus dan Michelin yang terlibat semasa pembelian dibuat, dan stok adalah terhad, jadi kunjungi outlet Tyreplus dan Michelin berhampiran anda sekarang untuk mendapatkannya!
Biar sedan mahupun SUV, para pemandu dan pelanggan Michelin juga boleh berlapang dada dengan adanya Michelin Road Hazard Warranty Program yang melindungi pembelian tayar baharu Michelin sehingga 6 bulan, terhadap kebocoran tayar yang tidak disengajakan berserta kerosakan tayar yang berlaku semasa memandu di atas jalan raya terselenggara. Tayar yang dibeli pelanggan ini layak untuk dibaiki atau digantikan dengan tayar baharu yang percuma daripada mana-mana outlet Tyreplus yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut mengenai promo Tahun Baharu Cina Michelin, sila layari laman sesawang rasmi Michelin di https://www.michelin.com.my/auto/promotions dan untuk maklumat lanjut mengenai Michelin Road Hazard Warranty Program, sila layari https://tyreplus.com.my/roadhazardprogram.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?