Kemalangan membabitkan 5 buah kenderaan di Jalan Banting-Dengkil dekat Sungai Manggis, pagi tadi telah mengakibatkan 2 sekeluarga maut manakala seorang lagi terselamat. Seorang wanita berusia 40-an serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun adalah dua mangsa yang maut manakala mangsa yang selamat berusia 16 tahun.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihak mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.03 pagi. Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terus bergegas ke lokasi kejadian untuk misi menyelamat.
Lima buah kenderaan telah terlibat di mana sebuah lori telah melanggar empat daripada lima kenderaan iaitu 2 buah Honda City, sebuah Perodua Myvi dan sebuah lagi kenderaan yang tidak dapat dikesan. Lebih malang apabila lori tersebut telah menghempap Perodua Myvi tersebut yang dinaiki oleh tiga mangsa dan telah menyebabkan mereka tersepit.
“Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 8.45 pagi dan mengalami kecederaan di bahagian kaki. Dua lagi mangsa termasuk kanak-kanak perempuan pada jam 9.40 dan 9.45 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber & Kredit Gambar : Berita Harian