Panggilan balik terhadap model Arteon, Golf Mk8 dan Passat keluaran tahun 2019 hingga 2024 telah dibuat oleh Volkswagen Malaysia bagi kempen berkaitan dengan lapik pelindung haba yang digunakan.
Menurut Volkswagen Malaysia, disebabkan spesifikasi yang tidak tepat, alas pelindung haba berkenaan tidak dipasang dengan betul. Ini boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk kepada penumpang. Disebabkan pemasangan yang tidak betul, pelindung haba berkenaan boleh menyebabkan bahagian penyambung ke tangki minyak brek mencair, seterusnya akan mengalami kebocoran dan menyebabkan kenderaan terbakar.
Bagaimana anda ingin tahu? Jika lampu amaran brek kereta anda menyala, itu menandakan tahap minyak brek sudah terlalu rendah. Walau bagaimanapun, jika lampu amaran brek kereta anda tidak menyala, anda juga diminta untuk menghantar kereta anda segera melalui aplikasi Volkswagen Care untuk pemeriksaan dan menempah jadual servis.
Silinder utama brek akan ditukar sekiranya bahagian penyambung yang dinyatakan itu telah terkesan dan berubah bentuk dari asal. Masa yang diperlukan adalah 2 jam sehingga selesai dan tiada sebarang kos yang akan dikenakan terhadap pelanggan untuk servis ini.
Setakat ini, masih tiada sebarang kes kebakaran telah dilaporkan berpunca dari isu lapik pelindung haba di Malaysia tetapi dinasihatkan untuk semua pemilik Volkswagen bagi model Arteon, Golf Mk8 dan Passat keluaran 2019 hingga 2024 untuk hantar kereta anda untuk pemeriksaan dan hebahkan kepada orang sekeliling anda yang mungkin terkesan.
Sumber : Paultan