Syarikat Delivery Hero atau dikenali sebagai FoodPanda Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan segala perbincangan yang melibatkan jualan perniagaan FoodPanda di beberapa pasaran, termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos.
Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengulas bahawa rundingan masih dalam peringkat awal dan tertakluk kepada pelbagai perkara yang perlu dibincangkan sebelum mencapai perjanjian muktamad dan Grab adalah salah satu syarikat yang mungkin terlibat.
Walau bagaimanapun, setelah menganalisa, syarikat Delivery Hero tidak dapat mencapai kata sepakat untuk terma jualan di antara kedua-dua pihak, baik penjual dan pembeli. Setelah dinilai, perniagaan di rantau Asia Tenggara ini dijangka bakal memperlihatkan pertumbuhan yang sihat untuk FoodPanda dan membawa kepada keuntungan. Sebarang peluang kerjasama atau kolaborasi bersama rakan niaga adalah amat dialu-alukan oleh syarikat Delivery Hero.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?