passionately driven

BYD Atto 3 MY2023 Kini Berharga RM129,800 – Diskaun Sebanyak RM20,000

Baru-baru ini Chery Malaysia baru sahaja melancarkan Omoda E5 dengan harga yang sangat kompetitif iaitu RM146,800. Melihat kepada harga yang sangat berpatutan bagi Omoda E5 itu, BYD Cars Malaysia juga telah mengumumkan diskaun sebanyak RM20,000 bagi stok model tahun 2023 Atto 3 varian Standard Range.

Jika dikira, ini bermaksud harga sebenar Atto 3 kini hanya RM129,800 (on-the-road tanpa insurans) berbanding dengan harga asalnya iaitu RM149,800. Bagi varian Standard Range ini, ia didatangkan dengan bateri LFP 49.92 kWj yang memberikan jarak gerak 345 km (WLTP).

Berbeza dengan Omoda E5, di mana ia didatangkan dengan bateri LFP 60.48 kWj yang memberikan jarak gerak WLTP 430 km pada harga RM146,800 (on-the-road tanpa insurans). 

Dengan tawaran harga yang telah diberikan oleh BYD ini, ia dapat membuka lagi mata pembeli yang mungkin sudah merancang untuk membeli varian tertinggi bagi model BYD Dolphin iaitu Premium Extended Range yang dijual pada harga RM125,730. Dengan hanya perbezaan sebanyak RM4,000, pembeli sudah boleh memiliki kenderaan yang lebih luas tetapi dengan jarak gerak lebih pendek berbanding BYD Dolphin.

Sekali lagi untuk makluman semua, diskaun sebanyak RM20,000 ini hanya terhad kepada model BYD Atto 3 Standard Range bagi tahun buatan 2023 sahaja sehingga kehabisan stok. Lebih menarik, diskaun turut akan diberikan bagi varian Extended Range tetapi dalam jumlah yang berbeza.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD