Berikutan dengan isu yang telah tular baru-baru ini di mana seorang pemilik kenderaan jenis Omoda 5 mengalami masalah gandar (axle), Chery Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini iaitu:
Chery Auto Malaysia komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai. Justeru, kami berdedikasi untuk memastikan semua kenderaan kami memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi.
Kami ingin memberikan maklumat terkini mengenai hal gandar (axle) kenderaan model OMODA 5 baru-baru ini. Chery Auto Malaysia sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut. Kenderaannya sudahpun dibawa ke pusat servis kami untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh.
Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan kami, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit. Bagi memberi ketenangan minda, para pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi. Pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh.
Talian Khidmat Pelanggan Chery Malaysia, yang boleh dihubungi di +603- 2771 7070, sedia menerima sebarang pertanyaan bagi menjamin keyakinan para pelanggan Chery dan OMODA.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih, khasnya buat pelanggan dan para pengikut kami atas kesabaran anda. Kami komited terhadap ketelusan dan menjamin dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kepuasan.
Hasil dari kenyataan media ini, pihak Chery Malaysia telah pun menunjukkan inisiatif dan menghubungi pelanggan tersebut dan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.