NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mitsubishi Xpander Kekal MPV Bukan Nasional Nombor 1 di Malaysia

Mitsubishi Xpander Kekal MPV Bukan Nasional Nombor 1 di Malaysia

Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) telah mengumumkan bahawa kenderaan jenis MPV mereka iaitu Mitsubishi Xpander masih mengekalkan kedudukannya sebagai MPV bukan nasional nombor 1 di Malaysia.

Ia terbukti apabila mereka berjaya menjual sebanyak 11,384 unit MPV tersebut berdasarkan angka Tahun Kewangan 2023 (April 2023 – Mac 2024).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan kebanyakan keluarga Malaysia yang mencari sebuah MPV yang serba boleh.

“Tempat No 1 juga menyerlahkan bahawa XPANDER adalah pilihan utama dalam kalangan keluarga Malaysia yang mencari MPV serba boleh,” katanya.

Selain itu, MMM juga telah menjual sebanyak 8,636 unit trak pikap Triton sekaligus mengekalkan kedudukannya di tempat kedua di dalam segmen trak pikap paling laris di Malaysia.

Tambah Ikeda, Mitsubishi kini menduduki tangga ke-3 jenama bukan nasional paling popular dan menjelang tahun 2024 ini, syarikat itu akan terus memastikan pengalaman pemilikan pelanggan mereka akan terus berada di peringkat terbaik.

Katanya, pihaknya terus memberi komitmen, selain menghargai pelanggan atas sokongan setia mereka terhadap jenama Mitsubishi.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy