NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jaecoo J6 Bakal Dilancarkan di Malaysia – Lawan kepada Jimny dan Tank 300

Jaecoo J6 Bakal Dilancarkan di Malaysia – Lawan kepada Jimny dan Tank 300

Jaecoo telah mengumumkan dan mengesahkan bahawa Jaecoo J6 akan dibawa masuk ke dalam Malaysia dan ia akan dipamerkan di acara Malaysia Autoshow dalam model pemanduan sebelah kanan pada 22 hingga 26 Mei ini di MAEPS, Serdang.

SUV ini berukuran 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar dan 1,715 mm tinggi dengan jarak rodanya berukuran 2,715 mm. Menariknya, SUV ini adalah sebuah SUV elektrik penuh (EV) dan dijual di China menggunakan nama iCar 03, sebuah lagi jenama di bawah Chery.

Selain dari dijual dengan nama yang berbeza, model ini turut akan menerima beberapa perincian rupa yang lain untuk pasaran di Malaysia. Antaranya ialah ia bakal didatangkan dengan kotak simpanan di belakang kereta tersebut bersama dengan gril iCar 03.

Spesifikasi penuh bagi model jualan di pasaran Malaysia masih belum diketahui lagi tetapi jika anda berminat untuk melihat sendiri model pemanduan sebelah kanan bagi SUV ini, anda boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy